Connect with us

Antarabangsa

Ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United

Erik Ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford sambil menegaskan Manchester United kendaliannya mempunyai peluang cerah untuk memenangi Piala FA serta menamatkan misi treble tetangganya, Manchester City.

Wartawan TMT

Published

on

Ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Foto: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag.
  • Erik Ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford sambil menegaskan Manchester United kendaliannya mempunyai peluang cerah untuk memenangi Piala FA serta menamatkan misi treble tetangganya, Manchester City.
  • United menamatkan musim Liga Perdana Inggeris dengan bangkit menewaskan Fulham 2-1, sekali gus mengesahkan kedudukan di tangga ketiga.
  • Selepas mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Chelsea pada Khamis, United ketinggalan apabila Kenny Tete menanduk masuk gol pembukaan Fulham.
  • Ten Hag sudah menjadi wira kelab apabila memenangi Piala Liga dengan menewaskan Newcastle pada final Februari lalu dan menamatkan kemarau kejuaraan enam tahun Red Devils.
  • Pengendali dari Belanda itu yakin mereka mampu menambah trofi pada musim pertamanya di Old Trafford apabila United kembali ke Wembley minggu depan untuk aksi final Piala FA.

MANCHESTER: Erik Ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford sambil menegaskan Manchester United kendaliannya mempunyai peluang cerah untuk memenangi Piala FA serta menamatkan misi treble tetangganya, Manchester City.

United menamatkan musim Liga Perdana Inggeris dengan bangkit menewaskan Fulham 2-1, sekali gus mengesahkan kedudukan di tangga ketiga.

Selepas mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Chelsea pada Khamis, United ketinggalan apabila Kenny Tete menanduk masuk gol pembukaan Fulham.

Fulham berpeluang menambah jaringan namun sepakan penalti Aleksandar Mitrovic diselamatkan oleh David de Gea sebelum Jadon Sancho dan Bruno Fernandes memastikan kemenangan United.

Ten Hag sudah menjadi wira kelab apabila memenangi Piala Liga dengan menewaskan Newcastle pada final Februari lalu dan menamatkan kemarau kejuaraan enam tahun Red Devils.

Pengendali dari Belanda itu yakin mereka mampu menambah trofi pada musim pertamanya di Old Trafford apabila United kembali ke Wembley minggu depan untuk aksi final Piala FA.

Anak buah Ten Hag berharap dapat menghalang City kendalian Pep Guardiola daripada mengulangi pencapaian United pada musim 1998-99 dengan memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas menyerahkan trofi Sarung Tangan Emas kepada De Gea di atas perlawanan tanpa bolos terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, Ten Hag menyuarakan hasratnya kepada penyokong setia United.

“Jika anda berada di belakang kami, saya pasti kami mempunyai peluang untuk membawa pulang piala (FA) ke Old Trafford.

“Kami menewaskan mereka pada Januari, tetapi saya rasa Man United sudah kerap menewaskan City beberapa tahun lalu.

“Jadi pemain-pemain ini tahu apabila bermain pada tahap sebenar mereka, mereka mampu bersaing.

“Saya sedar kita akan menentang pasukan terbaik buat masa ini, tetapi peluang tetap ada dan kami perlu memanfaatkannya dan memberikan segalanya,” kata Ten Hag. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending