Connect with us

Terkini

Siti Bainun kena penjara 12 tahun

Mahkamah Seksyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Wartawan TMT

Published

on

Siti Bainun kena penjara 12 tahun
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • Hakim, Izralizam Sanusi, membuat keputusan itu selepas mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.
  • Beliau mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini, susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Hakim, Izralizam Sanusi, membuat keputusan itu selepas mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

Beliau mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini, susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja itu.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending