Connect with us

Terkini

Semak semula penunjuk aras kemiskinan negara – GEM

Kerajaan digesa menyemak semula aras penunjuk kemiskinan negara memandangkan kadar kemiskinan dibimbangi semakin meningkat dengan ramai yang tercicir daripada rekod sedia ada.

Wartawan TMT

Published

on

Semak semula penunjuk aras kemiskinan negara – GEM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan digesa menyemak semula aras penunjuk kemiskinan negara memandangkan kadar kemiskinan dibimbangi semakin meningkat dengan ramai yang tercicir daripada rekod sedia ada.
  • Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin, berkata ketiadaan rekod itu menyebabkan mereka yang tergolong dalam kategori miskin mungkin tidak mendapat sebarang bantuan sepatutnya, sekali gus akan terkesan dan terbeban dengan kenaikan kos sara hidup serta kadar dasar semalaman (OPR).
  • Katanya, data yang tepat dan realistik amat penting sebagai analisa Bank Negara dalam menentukan kadar pengurusan monetari dan polisi serta dasar berkaitan.
  • “Kebanyakan isi rumah dan perniagaan kecil sudah kehausan simpanan yang dipakai untuk bertahan ketika pandemik COVID-19 dan mereka masih belum pulih, manakala sebahagian besar rakyat dan perniagaan kecil tidak mungkin dapat bertahan dengan kenaikan kos sara hidup yang berterusan, dengan sebilangan besar kelas pertengahan juga menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan belanjawan bulanan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyemak semula aras penunjuk kemiskinan negara memandangkan kadar kemiskinan dibimbangi semakin meningkat dengan ramai yang tercicir daripada rekod sedia ada.

Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin, berkata ketiadaan rekod itu menyebabkan mereka yang tergolong dalam kategori miskin mungkin tidak mendapat sebarang bantuan sepatutnya, sekali gus lebih ramai rakyat sebenarnya terkesan dan terbeban dengan kenaikan kos sara hidup serta kadar dasar semalaman (OPR).

Katanya, data yang tepat dan realistik amat penting kerana ia digunakan sebagai analisa Bank Negara dalam menentukan kadar pengurusan monetari dan polisi serta dasar berkaitan.

“Jumlah kebankrapan juga masih kekal tinggi walaupun kerajaan sudah membuat pindaan akta untuk mengurangkan jumlah mereka yang bankrap, malah golongan M40 semakin miskin dan bergelut untuk membayar makanan, sewa serta hutang.

“Kebanyakan isi rumah dan perniagaan kecil sudah kehausan simpanan yang dipakai untuk bertahan ketika pandemik COVID-19 dan mereka masih belum pulih, manakala sebahagian besar rakyat dan perniagaan kecil tidak mungkin dapat bertahan dengan kenaikan kos sara hidup yang berterusan, dengan sebilangan besar kelas pertengahan juga menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan belanjawan bulanan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Armin Baniaz berkata, kerajaan digesa menyemak kembali kadar OPR dan memperkenalkan dasar ekonomi yang bukan saja mesra rakyat dan perniagaan, tetapi berupaya memacu ekonomi negara dengan dasar yang mampu membuka banyak peluang baharu kepada usahawan tempatan

Beliau juga mencadangkan Bank Negara menyemak kembali kadar OPR sebanyak 2.75 peratus untuk mengurangkan beban isi rumah dan perniagaan kecil, selain meminta bajet tambahan dibuat untuk program yang dapat mengatasi kemurungan ekonomi yang dijangka berterusan.

Katanya, walaupun kerajaan terlalu yakin dengan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus bagi suku pertama 2023 dan kenaikan kadar OPR kepada tiga peratus adalah konsisten dengan data yang menunjukkan prestasi ekonomi yang kukuh, namun ia tidak mengambil kira laporan Jabatan Statistik yang melaporkan kemerosotan eksport sehingga 17.4 peratus bulan April, tahun ke tahun.

“Kemerosotan eksport ini penunjuk dan indikator kepada ekonomi Malaysia yang akan terus merudum selaras dengan hasil pendapatan komoditi yang menurun dan prospek pertumbuhan global yang dijangka lemah sepanjang 2023.

“Yang nyata, masalah kenaikan kos sara hidup, mata wang ringgit yang semakin lemah dan pembangunan ekonomi masih kritikal serta menjejas kelestarian hidup rakyat dan perusahaan kecil,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang terkesan akan melakukan tindakan seperti membuat pinjaman mudah lulus, yang kadar faedah pinjamannya amat tinggi berbanding bank.

“Rakyat akan terus meminjam dan terpaksa meminjam kerana mereka terbeban dengan kenaikan harga barang.

“Justeru, hasrat kerajaan untuk membendung permintaan melalui kenaikan kadar OPR bagi mengimbangkan harga barangan tidak akan berjaya. Harga barangan terutama keperluan asas akan terus meningkat,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending