Connect with us

Terkini

Proklamasi Orang Melayu dapat sokongan dari pemimpin PAS, BERSATU & UMNO

Proklamasi Orang Melayu adalah agenda penyatuan orang Melayu merentasi parti, kini berjaya mendapat sokongan pemimpin PAS, BERSATU dan UMNO dengan sasaran 1 juta tandatangan dikumpulkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka Julai ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Proklamasi Orang Melayu dapat sokongan dari pemimpin PAS, BERSATU & UMNO
Foto: Pertemuan Abdul Hadi dan Dr Mahathir berlangsung malam tadi.
  • Proklamasi Orang Melayu adalah agenda penyatuan orang Melayu merentasi parti, kini berjaya mendapat sokongan pemimpin PAS, BERSATU dan UMNO dengan sasaran 1 juta tandatangan dikumpulkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka Julai ini.
  • Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya, berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan jumlah kutipan tandatangan yang berjaya dikumpulkan dan menjangkakan lebih ramai pemimpin Melayu akan tampil menyokong usaha berkenaan.
  • Tanpa menyatakan jumlah tandatangan yang berjaya dikumpulkan, katanya, malam tadi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin parti itu hadir memberikan sokongan dengan menandatangani proklamasi itu.
  • “Ya saya mengesahkan kehadiran Abdul Hadi bersama Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman.
  • “Sepatutnya mereka menandatangani perjanjian itu pada 19 Mac lalu ketika perhimpunan Proklamasi Orang Melayu, namun program itu dibatalkan atas ‘campur tangan’ kerajaan, jadi malam tadi sempena kedatangan sambutan Aidilfitri dan kemeriahan Syawal diadakan pertemuan sekaligus mereka menandatangani proklamasi itu,” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Proklamasi Orang Melayu adalah agenda penyatuan orang Melayu merentasi parti, kini berjaya mendapat sokongan pemimpin PAS, BERSATU dan UMNO dengan sasaran 1 juta tandatangan dikumpulkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka Julai ini.

Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya, berkata setakat ini pihaknya berpuas hati dengan jumlah kutipan tandatangan yang berjaya dikumpulkan dan menjangkakan lebih ramai pemimpin Melayu akan tampil menyokong usaha berkenaan.

Tanpa menyatakan jumlah tandatangan yang berjaya dikumpulkan, katanya, malam tadi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin parti itu hadir memberikan sokongan dengan menandatangani proklamasi itu.

“Ya saya mengesahkan kehadiran Abdul Hadi bersama Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman.

“Sepatutnya mereka menandatangani perjanjian itu pada 19 Mac lalu ketika perhimpunan Proklamasi Orang Melayu, namun program itu dibatalkan atas ‘campur tangan’ kerajaan, jadi malam tadi sempena kedatangan sambutan Aidilfitri dan kemeriahan Syawal diadakan pertemuan sekaligus mereka menandatangani proklamasi itu,” katanya kepada BH.

Sejak awal pagi ini, tersebar gambar tanpa keterangan mengenai pertemuan Abdul Hadi dan Dr Mahathir yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Selain pemimpin PAS turut kelihatan dalam gambar tanpa keterangan itu Marzuki dan Pengerusi Biro Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Difahamkan, setakat ini, beberapa pemimpin BERSATU dan UMNO turut menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi masing-masing.

Ditanya sama ada ada perbincangan mengenai kerjasama sekretariat itu dengan PAS untuk PRN, katanya tiada perbincangan khusus mengenai PRN.

Namun, katanya perbincangan untuk menyatukan orang Melayu supaya bertaut dalam sebuah perjuangan bangsa tanpa mengira latar dan parti diteruskan dalam usaha mengukuhkan lagi kuasa orang Melayu untuk masa depan negara ini.

“Ketika ini, kita lihat kerajaan seakan meminggirkan agenda orang Melayu dalam menentu dasar pembangunan di negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author