Connect with us

Antarabangsa

Portugal menguatkuasakan larangan merokok

Portugal merancang menguatkuasakan larangan merokok berhampiran sekolah dan hospital serta di kawasan tempat duduk luar berbumbung, kata Menteri Kesihatan Manuel Pizarro.

Wartawan TMT

Published

on

Portugal menguatkuasakan larangan merokok
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Portugal merancang menguatkuasakan larangan merokok berhampiran sekolah dan hospital serta di kawasan tempat duduk luar berbumbung, kata Menteri Kesihatan Manuel Pizarro.
  • “Dengan pindaan ini, kita akan melindungi generasi dewasa masa depan,” katanya pada sidang media, sambil menafikan dakwaan sektor perniagaan bahawa tindakan itu terlalu keras dan bersifat menindas.
  • Jika diluluskan Parlimen, merokok berdekatan bangunan awam seperti sekolah, universiti, hospital, pusat sukan, di luar restoran, bar dan kedai kopi akan dilarang bermula 23 Oktober ini.
  • Hanya restoran, bar dan kelab malam yang mempunyai ruang merokok khusus yang terasing secukupnya dibenarkan terus beroperasi sehingga 2030.
  • Undang-undang itu, yang akan dibincangkan di Parlimen pada tarikh yang belum ditentukan turut melarang tabiat itu di semua ruang dalaman seperti kawasan merokok di dalam kafe.

LISBON: Portugal merancang menguatkuasakan larangan merokok berhampiran sekolah dan hospital serta di kawasan tempat duduk luar berbumbung, kata Menteri Kesihatan Manuel Pizarro.

“Dengan pindaan ini, kita akan melindungi generasi dewasa masa depan,” katanya pada sidang media, sambil menafikan dakwaan sektor perniagaan bahawa tindakan itu terlalu keras dan bersifat menindas.

Jika diluluskan Parlimen, merokok berdekatan bangunan awam seperti sekolah, universiti, hospital, pusat sukan, di luar restoran, bar dan kedai kopi akan dilarang bermula 23 Oktober ini.

Hanya restoran, bar dan kelab malam yang mempunyai ruang merokok khusus yang terasing secukupnya dibenarkan terus beroperasi sehingga 2030.

Undang-undang itu, yang akan dibincangkan di Parlimen pada tarikh yang belum ditentukan turut melarang tabiat itu di semua ruang dalaman seperti kawasan merokok di dalam kafe.

Selain itu, ia juga melarang pemasangan kawasan baharu seumpamanya dan menghentikan penjualan produk tembakau di lokasi larangan merokok mulai 2025.

Jun lalu, Suruhanjaya Eropah berkata ia berhasrat mengurangkan penggunaan tembakau di blok 27 negara itu kepada kurang daripada lima peratus penduduk menjelang 2040.

Merokok pertama kali diharamkan di ruang tertutup awam di Portugal lebih sedekad lalu.

“Dengan undang-undang ini, kami berharap golongan muda dapat hidup dalam persekitaran tanpa tembakau, mengurangkan insentif untuk merokok dan membolehkan perokok mengatasi ketagihan mereka,” kata Pizarro selepas mesyuarat Majlis Menteri.

“Objektif kami adalah untuk mempunyai generasi yang hidup tanpa tembakau menjelang 2040. Undang-undang ini selaras dengan pendirian anti tembakau Kesatuan Eropah (EU), tetapi kami ingin pergi lebih jauh,” katanya.

Menurut statistik kerajaan, kira-kira dua pertiga kematian dalam kalangan perokok adalah kerana penggunaan tembakau dan secara purata, perokok mati 10 tahun lebih cepat berbanding bukan perokok.

Dianggarkan, pada 2019, sekitar 13,500 kematian di Portugal yang mempunyai sekitar 10 juta penduduk, adalah kerana penggunaan tembakau.

Dalam perkembangan lain, Portugal juga dijangka meluluskan rang undang-undang (RUU) membenarkan euthanasia atau proses mematikan orang yang menderita penyakit membawa maut yang tidak dapat diubati.

Isu kontroversi itu memecah belahkan negara dengan majoriti penduduk beragama Katolik itu dan mendapat tentangan daripada Presidennya, Marcelo Rebelo de Sousa.

Di bawah peruntukan dalam RUU yang dipinda, pesakit berumur lebih 18 tahun dibenarkan meminta bantuan perubatan untuk dimatikan jika mereka sakit tenat dan tidak dapat menanggung penderitaan.

Kebenaran hanya diberi kepada mereka yang mengalami kesakitan ‘berkekalan’ dan ‘tidak dapat bertahan’, melainkan mereka dianggap tidak sihat dari segi mental untuk membuat keputusan itu.

Undang-undang itu juga hanya terpakai kepada warganegara dan pemastautin sah, tanpa diperluaskan merangkumi warga asing .

RUU terdahulu diluluskan di Parlimen empat kali dalam tempoh tiga tahun lalu tetapi dihantar semula untuk semakan perlembagaan kerana ditolak oleh de Sousa.

Parti Sosialis yang memerintah berikrar untuk memastikan usaha mereka berhasil, termasuk mengadakan dua pengundian jika perlu.

“Akhirnya kita sampai ke penghujung perjuangan yang panjang,” kata ahli Parlimen Sosialis, Isabel Moreira kepada AFP.

Selepas pengundian kali ini, presiden mempunyai tempoh lapan hari untuk mengisytiharkannya menjadi undang-undang.

Euthanasia dan amalan membantu kematian hanya dibenarkan di beberapa negara termasuk Sepanyol dan kumpulan negara Benelux merangkumi Belgium, Belanda dan Luxembourg. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja gamer ditabal Saint milenium pertama

Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Carlo Acutis
  • Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja.
  • Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.
  • Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.
  • Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.
  • Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.

Seorang remaja Itali penggemar permainan video bakal ditabalkan sebagai santo (saint) milenium pertama Gereja Katolik selepas usaha penabalannya diluluskan pihak berkuasa gereja, lapor CNN.

Carlo Acutis yang meninggal dunia akibat leukimia pada 2006 ketika berusia 15 tahun terkenal kerana menggunakan kemahiran komputernya menyebarkan Katolik sehingga diberi gelaran “influencer tuhan”.

Diiktiraf sebagai santo dalam Gereja Katolik boleh mengambil masa bertahun-tahun, tetapi usaha penabalan Acutis berjalan pantas dengan meningkatnya pengikut setia remaja itu di seluruh dunia.

Sering digambarkan memakai jeans dan kasut sukan, kisahnya dilihat membantu Gereja Katolik dalam usaha berhubungan dengan generasi muda era digital dengan populariti dirinya dalam kalangan kumpulan belia Katolik.

Acutis yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 1991 diingati rakan dan keluarga sebagai seseorang yang menggemari permainan video seperti Halo, Super Mario dan Pokémon.

Acutis diisytiharkan ‘diberkati’ pada 2020 selepas keajaiban pertamanya dikatakan menyembuhkan seorang budak lelaki Brazil yang mempunyai kecacatan sejak lahir pada pankreasnya menyebabkan dia tidak boleh makan secara normal.

Budak lelaki itu dilaporkan sembuh selepas ibunya berdoa kepada Acutis untuk campur tangan dan membantu menyembuhkan anaknya.

Keajaiban kedua dikaitkan dengan Acutis berkaitan dengan penyembuhan seorang gadis dari Costa Rica yang mengalami kecederaan kepala selepas terjatuh dari basikalnya di Florence, Itali, tempat dia belajar.

Ibunya dilaporkan berkata dia berdoa untuk pemulihan anak perempuannya di makam Acutis di Assisi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending