Terkini
NGO Islam gesa Kerajaan India hentikan serangan ke atas Muslim
Serangan demi serangan telah dilakukan ke atas saudara Islam di India oleh fanatik penganut Hindu.
- Serangan demi serangan telah dilakukan ke atas saudara Islam di India oleh fanatik penganut Hindu.
- Golongan berkenaan dikenali sebagai Hindutva sering menyebabkan puluhan ribu umat Islam di negara itu mengalami kecederaan malah terkorban dengan keadaan amat sadis.
- Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hisyamuddin menyatakan bahayanya serangan ideologi Hindutva ini jika tidak dikawal ia boleh mencetuskan sentimen kepada umat Islam di negara ini.
- Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula menyifatkan insiden serangan oleh dakyah hindutva adalah satu perkara tidak masuk akal lantas menggesa kerajaan India untuk segera menghentikan dan mempelajari semula norma kemanusian sebetulnya.
- Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang media tergempar Sidang Tergempar NGO Islam: Isu Penindasan Umat Islam India di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia kelmarin.
BANGI – Serangan demi serangan telah dilakukan ke atas saudara Islam di India oleh fanatik penganut Hindu.
Golongan fanatik berkenaan dikenali sebagai Hindutva yang sering menyebabkan puluhan ribu umat Islam di negara itu sering mengalami kecederaan malah terkorban dengan keadaan yang amat sadis.
Ekoran itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hisyamuddin menyatakan bahayanya serangan ideologi Hindutva ini jika tidak dikawal ia boleh mencetuskan sentimen kepada umat Islam di negara ini.
“Bahayanya, apabila dibiarkan apa yang berlaku di India itu, mungkin akan menaikkan sentimen orang Islam di sini, jadi elok ada satu perayaan yang harmoni, jadi tidak harmoni kerana mereka mengambil apa yang berlaku di India, jadi kerajaan India perlu berfikir tentang hal ini.”
Dalam pada itu katanya, terdapat sumber menyatakan bahawa dakyah Hindutva ini sudah mula memasuki negara ini secara halus.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi mesyuarat tergempar berhubung penubuhan jawatankuasa bagi menangani penindasan orang India ke atas orang Islam di India yang diadakan pada Ahad.
Maka dengan itu, pihaknya kini mula menubuhkan sebuah jawatankuasa yang melibatkan pelbagai gabungan NGO Islam di seluruh negara dalam memastikan isu sensitif yang berlaku di India tidak melimpah ke negara lain termasuk mengganggu gugat keharmonian antara kaum di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula menyifatkan insiden serangan oleh dakyah hindutva adalah satu perkara yang tidak masuk akal hak lantas menggesa kerajaan India di sana untuk segera menghentikan dan mempelajari semula norma kemanusian yang sebetulnya.
”Tidak masuk akal, ini satu benda pencerobohan peringkat yang tidak terfikir, di zaman ini, jadi benda-benda seperti ini, akhirnya, akan mendorong kepada pertelingkahan, jadi kita harap itu tidak terjadi kerana, bila jadi esok dia jadi huru-haralah, jadi kita harap kerajaan India, perlu belajar, supaya dapat hidup dalam dunia ini, sebagai manusia.”
Tambah beliau, usaha mengekang keganasan oleh pelampau hindu di India ini bukannya menjerumuskan kepada sentimen rasis tapi ia adalah satu bentuk tindakan bagi membantu saudara muslim di India yang kini parah dilanda serangan yang sadis.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri sidang media tergempar Sidang Tergempar NGO Islam: Isu Penindasan Umat Islam India di Anjung Melayu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur hari ini (kelmarin).
Turut hadir gabungan-gabungan besar NGO antaranya PEMBELA, ISR, MAMPIR, PERKID, Pertubuhan Sufi Antarabangsa, DPMM.
Juga, Amal2u, Kebajikan Sinar Bakti, Brothers in Islam, Zaaba, Malaysia-Pakistan Business Council, ARG, Selempang Merah, Yayasan Kasih Tauhid.
Hadir bersama figura berpengaruh umat Islam Ustaz Wadi Anuar yang akan platform di atas kapasiti sebagai pempengaruh.
Terdahulu, sewaktu Perdana Menteri Narendra Modi mula memegang tampuk pimpinan di India, nasib muslim di sana tidak lagi aman dan sering mengalami serangan yang sadis termasuk ditahan, diseksa dan dibunuh dengan kejam pada setiap hari di negara berkenaan.
Sumber: Tv Pertiwi