Connect with us

Terkini

Menteri kena jelaskan serbuan kedai Swatch – MUDA

Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap serbuan kedai Swatch minggu lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri kena jelaskan serbuan kedai Swatch – MUDA
Foto: Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz.
  • Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap serbuan kedai Swatch minggu lepas.
  • Dalam kenyataan di Twitter, Adun Puteri Wangsa itu membangkitkan kebimbangan mengenai “kekaburan” perkara yang dianggap “memudaratkan”.
  • “Menteri perlu menjelaskan pendirian kerajaan dalam perkara ini. Dan di manakah kita meletakkan batasnya?” katanya.
  • “Jika ini (rampas jam tangan) adalah pendirian kerajaan, bentangkan di Dewan Rakyat dan biarkan ahli parlimen berbahas dan membuat keputusan.
  • “Ia tidak sepatutnya mengikut kehendak sesiapa sahaja yang menjadi menteri pada hari ini,” katanya.
  • Sebelas kedai Swatch di seluruh negara diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu kerana mempamerkan ‘Pride Collection’ yang terdiri daripada jam tangan dalam pelbagai warna pelangi – yang sering diguna pakai sebagai simbol komuniti LGBT.

Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menggesa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menjelaskan pendirian kerajaan terhadap serbuan kedai Swatch minggu lepas.

Dalam kenyataan di Twitter, Adun Puteri Wangsa itu membangkitkan kebimbangan mengenai “kekaburan” perkara yang dianggap “memudaratkan”.

“Adakah kita akan mula menyerbu semua kedai yang menjual apa-apa dengan tema pelangi yang dilukis di atasnya? Termasuk perniagaan kecil?

“Kita menghantar mesej bahawa tidak selamat untuk jenama dan syarikat beroperasi di Malaysia.

“Menteri perlu menjelaskan pendirian kerajaan dalam perkara ini. Dan di manakah kita meletakkan batasnya?” katanya.

Sebelas kedai Swatch di seluruh negara diserbu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu kerana mempamerkan ‘Pride Collection’ yang terdiri daripada jam tangan dalam pelbagai warna pelangi – yang sering diguna pakai sebagai simbol komuniti LGBT.

Portal The Edge memetik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch Nick Hayek Jr yang mengesahkan serbuan pada 13 dan 14 Mei, serta rampasan sejumlah jam tangan.

Hayek menafikan sebarang motif politik dengan jam tangan itu.

Amira juga melampirkan gambar notis yang dikatakan disampaikan oleh KDN kepada cawangan Swatch di Mid Valley Megamall, menyatakan bahawa 22 jam tangan telah dirampas kerana mempunyai “simbol LGBT”.

Notis itu juga menyatakan bahawa jam tangan itu telah melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Amira membangkitkan kebimbangan bahawa undang-undang itu terbuka kepada penyalahgunaan, memetik Seksyen 7 (1) Akta tersebut.

Seksyen 7(1) memberi Menteri Dalam Negeri ‘budi bicara mutlak’ untuk melarang pengeluaran, penjualan, pengedaran atau pemilikan mana-mana media yang berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam atau mencemaskan pendapat umum.

“Jika ini (rampas jam tangan) adalah pendirian kerajaan, bentangkan di Dewan Rakyat dan biarkan ahli parlimen berbahas dan membuat keputusan.

“Ia tidak sepatutnya mengikut kehendak sesiapa sahaja yang menjadi menteri pada hari ini,” katanya.

Banyak jenama dan peruncit global mempunyai produk bertema pelangi yang dikeluarkan setiap bulan Jun – bulan yang juga diraikan komuniti LGBT sebagai bulan ‘Pride’.

Namun produk sebegitu lazimnya tidak tersedia di kedai di Malaysia atau negara majoriti Islam lain mempunyai pendirian tegas terhadap komuniti LGBT.

Sumber: Malaysiakini

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending