Antarabangsa
Komuniti LGBTQ Turkiye takut masa depan di bawah pimpinan Erdogan
Komuniti lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) Turkiye takut terdedah kepada lebih banyak kebencian homofobia selepas mendakwa Presiden Recep Tayyip Erdogan menjadikan kumpulan mereka sebagai sasaran pada kempen pemilihan presiden.
- Komuniti lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) Turkiye takut terdedah kepada kebencian homofobia selepas mendakwa Presiden Recep Tayyip Erdogan menjadikan kumpulan mereka sebagai sasaran pada kempen pemilihan presiden.
- Pemimpin Islam itu ketika dalam kempennya sentiasa menyatakan perlakuan golongan itu mencemarkan syiar agama Islam serta mengancam nilai keluarga tradisional dan menggelar kumpulan terbabit sebagai ‘sesat’.
- Beliau juga menyerang pencabar daripada pembangkang, Kemal Kilicdaroglu kerana berikrar untuk menghormati kepercayaan, gaya hidup dan identiti semua individu, termasuk komuniti LGBTQ.
ISTANBUL: Komuniti lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) Turkiye takut terdedah kepada lebih banyak kebencian homofobia selepas mendakwa Presiden Recep Tayyip Erdogan menjadikan kumpulan mereka sebagai sasaran pada kempen pemilihan presiden.
Pemimpin Islam itu ketika dalam kempennya sentiasa menyatakan perlakuan golongan itu mencemarkan syiar agama Islam serta mengancam nilai keluarga tradisional dan menggelar kumpulan terbabit sebagai ‘sesat’.
Erdogan juga menyerang pencabar daripada pembangkang, Kemal Kilicdaroglu kerana berikrar untuk ‘menghormati kepercayaan, gaya hidup dan identiti semua individu’, termasuk komuniti LGBTQ.
Selepas melanjutkan pemerintahannya selama dua dekad sehingga 2028 dalam pilihan raya yang bersejarah pada Ahad, Erdogan menggunakan peluang itu untuk menyasarkan mereka sekali lagi apabila dia menyapa penyokong di Istanbul.
“Adakah CHP LGBT? Adakah HDP LGBT?” soalnya, merujuk parti sekular Kilicdaroglu dan kumpulan utama pro-Kurdish yang menyokong pakatan pembangkang.
“Ya!” orang ramai menjerit menjawab.
Erdogan meneruskan pertanyaan kepada penyokongnya sama ada parti AKP yang memerintah mesra LGBTQ.
“Tidak!”. Penyokongnya menjawab.
Ilker Erdogan, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun dan aktivis LGBTQ, tidak mengenali pemimpin selain Erdogan dan kerajaan pimpinan AKP.
“Sejak saya dilahirkan, saya berasakan diskriminasi, homofobia dan kebencian terhadap saya,” katanya kepada AFP sebelum pengundian Ahad.
“Saya berasa sangat takut. Perasaan sangat takut menjejaskan psikologi saya dengan teruk. Saya tidak boleh ‘bernafas’ sebelum ini, dan kini mereka akan cuba ‘mencekik tekak’ saya,” tambahnya.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu misalnya mengecam hubungan sejenis sebagai ‘agama’ yang diimport dari Barat dan mendakwa ia membabitkan perkahwinan antara haiwan dan manusia.
Sumber: Berita Harian