Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa perbaharui dasar agar pelarian dapat dilindungi lebih baik

Sekumpulan Ahli Parlimen dwipartisan semalam menggesa kerajaan memperbaharui dasar bagi melindungi pelarian di Malaysia dengan lebih baik, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa perbaharui dasar agar pelarian dapat dilindungi lebih baik
Foto: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM), Syerleena Abdul Rashid (dua dari kanan).
  • Sekumpulan Ahli Parlimen dwipartisan menggesa kerajaan memperbaharui dasar bagi melindungi pelarian di Malaysia dengan lebih baik, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.
  • Bercakap bagi pihak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berkata penting bagi Malaysia melindungi kebajikan pelarian wanita dan kanak-kanak kerana mereka sering menjadi mangsa eksploitasi termasuk eksploitasi seksual, keganasan rumah tangga, keganasan berasaskan jantina dan pemerdagangan manusia.
  • Lebih-lebih lagi, menurut beliau pelarian perlu diberikan akses kepada hak asasi asas mereka seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan berkhasiat dan perkhidmatan psikososial.
  • “Sudah tiba masanya untuk Malaysia beralih daripada dasar yang ‘menjenayahkan’ pelarian dan sebaliknya membangunkan dasar yang melindungi dan memberi peluang pelarian menyumbang kepada masyarakat dan ekonomi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR — Sekumpulan Ahli Parlimen dwipartisan semalam menggesa kerajaan memperbaharui dasar bagi melindungi pelarian di Malaysia dengan lebih baik, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.

Bercakap bagi pihak Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berkata adalah penting bagi Malaysia untuk melindungi kebajikan pelarian wanita dan kanak-kanak kerana mereka sering menjadi mangsa eksploitasi termasuk eksploitasi seksual, keganasan rumah tangga, keganasan berasaskan jantina dan pemerdagangan manusia.

Lebih-lebih lagi, menurut beliau pelarian perlu diberikan akses kepada hak asasi asas mereka seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan berkhasiat dan perkhidmatan psikososial.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia beralih daripada dasar yang ‘menjenayahkan’ pelarian dan sebaliknya membangunkan dasar yang melindungi dan memberi peluang pelarian menyumbang kepada masyarakat dan ekonomi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Syarleena berkata tanggungjawab dan usaha untuk melindungi pelarian harus dikongsi oleh semua, tanpa mengira perbezaan politik.

“Apabila bercakap mengenai hak asasi manusia, kita perlu mengetepikan perbezaan politik melakukan yang terbaik untuk semua dan tanpa prejudis,” katanya, sambil menambah bahawa kini terdapat kira-kira 185,000 pelarian di Malaysia.

Dalam sidang akhbar yang sama, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) berkata bagi membolehkah sesuatu perubahan dasar direalisasikan, pindaan secara progresif terhadap Arahan No. 23 Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dibuat terlebih dahulu.

“KRPPM harapkan perubahan kepada Arahan No. 23 itu akan dapat menunjuk jalan yang lebih baik bagaimana kita harus menguruskan pelarian di Malaysia dengan cara lebih baik daripada apa yang dilakukan pada hari ini,” katanya.

“KRPPM juga ingin Kementerian Pendidikan melihat bagaimana kanak-kanak pelarian yang tidak bersekolah dapat diuruskan persekolahan mereka melalui usaha sama pertubuhan bukan kerajaan atau pertubuhan kebajikan dan institusi swasta,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *