Antarabangsa
Israel kerah lebih 2,000 polis lindungi perarakan nasionalis Yahudi di Baitulmaqdis
Israel mengerahkan lebih 2,000 polis untuk mengawasi perarakan nasionalis Yahudi yang mengibarkan bendera melalui jalan utama Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis pada Khamis.
- Israel mengerahkan lebih 2,000 polis untuk mengawasi perarakan nasionalis Yahudi yang mengibarkan bendera melalui jalan utama Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis pada Khamis (18 Mei 2023).
- Pihak berkuasa berkata ia bagi memastikan perarakan itu berlangsung tanpa sebarang keganasan.
- Menurut laporan Independent, polis memutuskan membenarkan beribu-ribu peserta perarakan melalui laluan ‘tradisional’ melalui Pintu Gerbang Damsyik Kota Lama.
Israel mengerahkan lebih 2,000 polis untuk mengawasi perarakan nasionalis Yahudi yang mengibarkan bendera melalui jalan utama Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis pada Khamis.
Pihak berkuasa berkata ia bagi memastikan perarakan itu berlangsung tanpa sebarang keganasan.
Menurut laporan Independent, polis memutuskan membenarkan beribu-ribu peserta perarakan melalui laluan ‘tradisional’ melalui Pintu Gerbang Damsyik Kota Lama.
Ia dilakukan walaupun terdapat peningkatan dalam keganasan Israel-Palestin sejak setahun lalu dan pertempuran sengit antara rejim Israel dan kumpulan pejuang Palestin di Gaza minggu lalu.
Walaupun pegawai Israel menyifatkan perarakan itu sebagai acara perayaan, namun ia dicemari nyanyian perkauman anti-Arab dan keganasan terhadap penduduk tempatan Palestin.
Dua tahun lalu, perarakan itu mencetuskan perang 11 hari antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin di Gaza.
Kumpulan Hamas juga menggesa rakyat Palestin untuk menghadapi perarakan tahun ini.
Pegawai kanan polis Baitulmaqdis, Ketua Supt. Yoram Segal memberitahu pemberita semalam bahawa pihak berkuasa bertekad untuk mencegah keganasan kali ini.
Katanya, kira-kira 2,500 pegawai dikerahkan di seluruh kawasan itu, kedua-duanya untuk memastikan keselamatan dan bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang kemungkinan keganasan.
“Kami akan bertindak keras terhadap sesiapa sahaja yang cuba mengganggu ketenteraman,” katanya.
Sumber: Independent