Connect with us

Terkini

Hantaran kaum, agama banyak dicetuskan ketika tempoh kempen PRU15 – CIJ

Naratif perkauman dan agama paling banyak dicetuskan ahli politik bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media pada tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hantaran kaum, agama banyak dicetuskan ketika tempoh kempen PRU15 – CIJ
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Naratif perkauman dan agama paling banyak dicetuskan ahli politik bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media pada tahun lalu.
  • Kajian dijalankan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendedahkan sebanyak 91,417 hantaran menyentuh mengenai isu kaum (66,933) dan agama (24,484) dengan ahli politik dikesan sebagai pelaku utama menyumbang kepada naratif kaum.
  • Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wathslah Naidu memberitahu jumlah hantaran membimbangkan kerana menunjukkan di media sosial, pengguna cenderung menulis komen menyinggung perasaan, diskriminasi, bermusuhan dan menghasut ke arah keganasan.
  • “Apa yang merisaukan ialah bagaimana kandungan tahap dua berbaur rasis, stereotaip dan berat sebelah semakin dinormalisasikan yang mana seolah-olah tiada masalah untuk melabel wanita gemuk, memanggil parti seperti DAP sebagai ‘babi’ dan seumpamanya,” katanya pada sidang media pelancaran hasil laporan kajian berkenaan pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Naratif perkauman dan agama paling banyak dicetuskan ahli politik bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media pada tahun lalu.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendedahkan sebanyak 91,417 hantaran menyentuh mengenai isu kaum (66,933) dan agama (24,484) dengan ahli politik dikesan sebagai pelaku utama yang menyumbang kepada naratif kaum.

Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wathslah Naidu memberitahu jumlah hantaran adalah membimbangkan kerana ia menunjukkan di media sosial, pengguna cenderung menulis komen yang menyinggung perasaan, diskriminasi, bermusuhan dan menghasut ke arah keganasan.

“Apa yang merisaukan ialah bagaimana kandungan tahap dua berbaur rasis, stereotaip dan berat sebelah semakin dinormalisasikan yang mana seolah-olah tiada masalah untuk melabel wanita gemuk, memanggil parti seperti DAP sebagai ‘babi’ dan seumpamanya.

“Ada banyak hantaran berbaur perkauman, selain yang menggelar ahli politik wanita dengan panggilan kurang menyenangkan,” katanya pada sidang media pelancaran hasil laporan kajian berkenaan pada Selasa.

Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu suruhanjaya bebas untuk mengkaji punca penyebaran naratif yang bahaya dan ucapan kebencian di media sosial dan menanganinya dengan berkesan.

Dalam tempoh itu, sejumlah 97 pihak dipantau, merangkumi 49 ahli politik pelbagai parti, 13 parti politik, 16 media, tiga agensi kerajaan dan 16 pemimpin pendapat, selain komen netizen di empat platform media sosial iaitu Facebook, Twitter, Youtube dan TikTok.

Hantaran yang dipantau membabitkan lima isu iaitu kaum, agama, institusi diraja, jantina dan LGBTIQ serta warga asing yang diasingkan mengikut tahap berbeza.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *