Connect with us

Antarabangsa

Calon tarik diri beberapa hari sebelum pilihan raya Presiden Turkiye

Calon pilihan raya presiden Turkiye, Muharrem Ince, menarik diri daripada pertandingan sengit kali ini, satu langkah mengejutkan yang dilihat meningkatkan peluang kemenangan pusingan pertama pembangkang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Calon tarik diri beberapa hari sebelum pilihan raya Presiden Turkiye
Foto: Pemimpin parti Homeland, Muharrem Ince.
  • Calon pilihan raya presiden Turkiye, Muharrem Ince, menarik diri daripada pertandingan sengit kali ini, satu langkah mengejutkan yang dilihat meningkatkan peluang kemenangan pusingan pertama pembangkang.
  • Pemimpin parti Homeland berusia 59 tahun itu mengumumkan keputusannya selepas menjadi sasaran kempen mencemar namanya dalam talian termasuk paparan imej palsu beliau bertemu wanita dan menaiki kereta mewah.
  • Nasionalis sekular itu memperoleh 30.6 peratus undi ketika mencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan pada pilihan raya 2018.
  • “Saya menarik balik pencalonan saya, saya melakukannya untuk negara saya,” kata Ince kepada pemberita menjelang pemilihan presiden dan Parlimen Ahad ini.

ISTANBUL: Calon pilihan raya presiden Turkiye, Muharrem Ince, menarik diri daripada pertandingan sengit kali ini, satu langkah mengejutkan yang dilihat meningkatkan peluang kemenangan pusingan pertama pembangkang.

Pemimpin parti Homeland berusia 59 tahun itu mengumumkan keputusannya selepas menjadi sasaran kempen mencemar namanya dalam talian termasuk paparan imej palsu beliau bertemu wanita dan menaiki kereta mewah.

Nasionalis sekular itu memperoleh 30.6 peratus undi ketika mencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan pada pilihan raya 2018.

Beliau kemudian meninggalkan parti pembangkang utama dan melancarkan gerakannya sendiri yang mula menarik undi daripada pemimpin sekular Kemal Kilicdaroglu, calon bersama blok anti-Erdogan.

“Saya menarik balik pencalonan saya, saya melakukannya untuk negara saya,” kata Ince kepada pemberita menjelang pemilihan presiden dan Parlimen Ahad ini.

Ince mendapat kritikan hebat daripada pembangkang kerana memasuki kempen hanya dua bulan sebelum pengundian.

Pengkritik melihat beliau sebagai calon ‘pengacau undi’ yang hanya boleh membantu Erdogan, yang berkuasa sejak 2003, melanjutkan pentadbirannya selama dua dekad lagi hingga 2028.

Ince sebelum ini menegaskan bahawa beliau menawarkan alternatif lebih bersemangat kepada pengundi berbanding Kilicdaroglu yang berusia 74 tahun, malah Erdogan, 69, turut terkejut dengan pengumuman itu.

“Seorang calon menarik diri, sukar memahami kenapa ini berlaku. Secara jujur, saya bersedih dan berharap beliau teruskan sehingga akhir,” katanya ketika berkempen di Ankara.

Tinjauan pendapat menunjukkan Kilicdaroglu mendahului Erdogan dengan beberapa mata peratusan tetapi belum mencapai tahap 50 peratus yang diperlukan bagi mmenangi pusingan pertama.

Tinjauan oleh Metropoll semalam pula menunjukkan 49 peratus daripada sokongan bagi of Ince kini beralih kepada Kilicdaroglu dan 22 peratus kepada Erdogan tetapi Ince tidak menyokong mana-mana calon selepas mengumumkan menarik diri. – AFP

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *