Antarabangsa
Patung lelaki berjambang berbogel sambil menyusu bayi di Denmark dikritik
Patung seorang lelaki berbogel dan berjanggut yang kelihatan ingin menyusukan bayi mendapat tentangan di media sosial di mana sebahagian pengkritik menyifatkannya sebagai ‘penghapusan wanita’.
- Patung lelaki berbogel dan berjanggut yang kelihatan ingin menyusukan bayi mendapat tentangan di media sosial di mana sebahagian pengkritik menyifatkannya sebagai ‘penghapusan wanita’.
- Sosok bogel, yang dibina pada 2021 oleh Aske Kreilgaard, sebagai potret diri digambarkan dengan kemaluan lelaki dan payudara terdedah serta memegang bayi sedang menyusu.
- Sejurus selepas patung itu didirikan, pengukir, jurugambar dan penulis Suste Bonnén mengecam keras keputusan muzium untuk menugaskan dan menampilkan karya itu dalam artikel diterbitkan Kristeligt Dagblad bertajuk, “Patung lelaki yang menyusu adalah impian pedofil”.
- “Saya tidak melihat peranan jantina dimainkan, seperti dilakukan orang lain. Saya melihat eksploitasi terhadap kanak-kanak kecil, dan seorang lelaki bermain dengan kepuasannya sendiri. Itulah sebabnya saya merasa terganggu apabila kedua-dua jantina dan penonton hari ini mengalu-alukan mesej: Lelaki dewasa boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu dengan anak kecil, asalkan kita memanggilnya Agape,” kata Bonnen.
Patung seorang lelaki berbogel dan berjanggut yang kelihatan ingin menyusukan bayi mendapat tentangan di media sosial di mana sebahagian pengkritik menyifatkannya sebagai ‘penghapusan wanita’.
Sosok bogel, yang dibina pada 2021 oleh Aske Kreilgaard, sebagai potret diri digambarkan dengan kemaluan lelaki dan payudara terdedah serta dia memegang bayi yang sedang menyusu.
Walaupun dicipta untuk memperingati Hari Lelaki Antarabangsa, patung itu kini diletakkan di luar The Gender Museum (KØN) di Aarhus, Denmark, yang sebelum ini dikenali sebagai Muzium Wanita (Kvindemuseet).
Kemudahan itu pada awalnya diasaskan pada 1982 untuk mendidik orang ramai sejarah wanita, tetapi pada tahun 2021 ia dinamakan semula bagi mencerminkan peralihan tumpuan terhadap topik jantina dan seksualiti.
Muzium Gender mewajarkan keputusan menukar namanya mendakwa peranan jantina telah “berubah dengan ketara” dan penekanan muzium akan difokuskan untuk beralih ke arah “ekspresi yang lebih bebas” semua jantina.
Sejurus selepas patung itu didirikan, pengukir, jurugambar dan penulis Suste Bonnén mengecam keras keputusan muzium untuk menugaskan dan menampilkan karya itu dalam artikel diterbitkan Kristeligt Dagblad bertajuk, “Patung lelaki yang menyusu adalah impian pedofil”.
“Saya tidak melihat peranan jantina dimainkan, seperti dilakukan orang lain. Saya melihat eksploitasi terhadap kanak-kanak kecil, dan seorang lelaki bermain dengan kepuasannya sendiri. Itulah sebabnya saya merasa terganggu apabila kedua-dua jantina dan penonton hari ini mengalu-alukan mesej: Lelaki dewasa boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu dengan anak kecil, asalkan kita memanggilnya Agape,” kata Bonnen.
Di Facebook, beberapa feminis Denmark menyatakan mereka berusaha membantah pertukaran nama muzium pada 2021, bagaimanapun kebimbangan mereka tidak diendahkan kerana pegawai muzium dilaporkan menganggap beralih daripada “wanita” dan ke arah “keterangkuman jantina” adalah keputusan lebih baik terkait kewangan.
Foto patung itu mencetuskan perbincangan di Twitter disiarkan sebuah kumpulan wanita Maori, Michelle Uriarau dari Mana Wāhine Kōrero yang menyifatkan perubahan nama muzium itu sebagai ‘penghapusan wanita’.
Sumber: Reduxx