Connect with us

Antarabangsa

Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, bersama-sama beberapa organisasi antarabangsa dan negara, menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, bersama-sama beberapa organisasi antarabangsa dan negara, menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan.
  • “Setiausaha Agung mengecam sekeras-kerasnya pertempuran antara Rapid Support Forces (RSF) dan Angkatan Tentera di Sudan.”
  • “Setiausaha Agung menyeru para pemimpin untuk segera menghentikan permusuhan, memulihkan keamanan dan memulakan dialog untuk menyelesaikan krisis semasa.”
  • “Peningkatan konflik berterusan akan memberi kesan kepada orang awam dan memburukkan lagi “keadaan yang sudah tidak menentu di negara itu,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, bersama-sama beberapa organisasi antarabangsa dan negara, menggesa agar pertempuran di Sudan dihentikan.

“Setiausaha Agung mengecam sekeras-kerasnya pertempuran antara Rapid Support Forces (RSF) dan Angkatan Tentera di Sudan.

“Setiausaha Agung menyeru para pemimpin untuk segera menghentikan permusuhan, memulihkan keamanan dan memulakan dialog untuk menyelesaikan krisis semasa,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

“Peningkatan konflik berterusan akan memberi kesan kepada orang awam dan memburukkan lagi “keadaan yang sudah tidak menentu di negara itu,” menurut kenyataan itu.

Guterres juga menyeru negara-negara anggota PBB di rantau ini untuk menyokong usaha memulihkan keadaan.

Wakil Khas Setiausaha Agung PBB untuk Sudan dan Ketua Misi Bantuan Peralihan Bersepadu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Sudan (UNITAMS), Volker Perthes berkongsi pandangan yang sama dan berkata beliau telah menghubungi RSF dan tentera Sudan “meminta mereka untuk menghentikan pertempuran dengan segera”, lapor Sputnik.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan keganasan di Sudan, menggesa semua pihak untuk “menamatkan segera pertelingkahan, keganasan terhadap penduduknya, dan pertumpahan darah”.

Rusia, Mesir, Turkiye, Kesatuan Eropah, Liga Negara Arab, serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken termasuk Duta Besar AS di Khartoum, menyeru agar permusuhan antara tentera Sudan dan RSF ditamatkan.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *