Connect with us

Antarabangsa

Lebih 400 rakyat Palestin ditahan, polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa

Polis Israel menyerang dan menangkap lebih 400 jemaah Palestin dalam serbuan ganas di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 400 rakyat Palestin ditahan, polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Israel menyerang dan menangkap lebih 400 jemaah Palestin dalam serbuan ganas di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.
  • Menurut pegawai tempatan, ratusan rakyat Palestin ditangkap awal pagi tadi dan ditahan di balai polis di Atarot di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki selepas polis Israel menyerang para jemaah konon untuk menahan pemberontak bertopeng yang mengunci diri di dalam masjid itu dengan bunga api, kayu dan batu.
  • Saksi Palestin berkata, polis Israel gunakan kekerasan berlebihan apabila mereka mula melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran.
  • Mereka turut bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan sesak nafas, lapor Al Jazeera.

BATULMUQADDIS: Polis Israel menyerang dan menangkap lebih 400 jemaah Palestin dalam serbuan ganas di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

Menurut pegawai tempatan, ratusan rakyat Palestin ditangkap awal pagi tadi dan ditahan di balai polis di Atarot di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki selepas polis Israel menyerang para jemaah konon untuk menahan pemberontak bertopeng yang mengunci diri di dalam masjid itu dengan bunga api, kayu dan batu.

Saksi Palestin berkata, polis Israel menggunakan kekerasan yang berlebihan apabila mereka mula melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran.

Lapor Al Jazeera, mereka turut bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan sesak nafas.

Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan terdapat 12 kecederaan, termasuk tiga orang yang terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tentera Israel dilaporkan turut menghalang pegawai perubatannya daripada sampai ke masjid Al-Aqsa.

Serbuan berterusan sehingga pagi Rabu apabila tentera Israel sekali lagi dilihat menyerang dan menolak penduduk Palestin keluar dari perkarangan masjid dan menghalang mereka daripada solat, sebelum orang Israel dibenarkan masuk di bawah perlindungan polis.

Ketegangan memuncak di Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat yang diduduki selama berbulan-bulan.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengutuk serangan terbaru ke atas rakyatnya yang disifatkan sebagai jenayah.

“Apa yang berlaku di Baitulmuqaddis adalah jenayah besar terhadap umat Islam. Solat di Masjid Al-Aqsa bukanlah dengan izin zionis Israel, tetapi ia adalah hak kami.

“Al-Aqsa adalah untuk rakyat Palestin dan untuk semua orang Arab dan umat Islam. Serangan ini akan menjadi percikan revolusi menentang pendudukan,” tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *