Connect with us

Antarabangsa

Ibu bapa saman sekolah misionari Perancis di Maghribi kerana pelajaran LGBT

Ibu bapa dari bandar Kenitra, Maghribi menyaman sekolah misionari Perancis kerana mengajar pelajar topik berkaitan LGBT.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa saman sekolah misionari Perancis di Maghribi kerana pelajaran LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ibu bapa dari bandar Kenitra, Maghribi menyaman sekolah misionari Perancis kerana mengajar pelajar topik berkaitan LGBTQ+.
  • Awalnya, ibu bapa mengadu mengenai pelajaran tersebut kepada pihak sekolah, namun mengambil tindakan undang-undang selepas pihak sekolah dilihat berdiam diri terhadap aduan mereka.
  • Maghribi adalah negara Islam dan konservatif yang melarang perbuatan homoseksual.
  • Pelaku hubungan sejenis di negara itu boleh dihukum penjara enam bulan hingga tiga tahun dan denda sehingga $1,200 (RM5,292).

Ibu bapa dari bandar Kenitra, Maghribi menyaman sekolah misionari Perancis kerana mengajar pelajar topik berkaitan LGBT.

Memetik laporan Morocco World News, pihak pihak berkuasa Maghribi sedang menyiasat kes yang bermula sejak Disember 2022 itu.

Menurut peguam tempatan, Abderrahim Jamai, ibu bapa terkejut apabila diberitahu yang seorang guru dari sekolah itu “menyampaikan maklumat mengenai homoseksual dan trend yang tidak normal serta menyebarkan idea menghina tentang keperibadian dan simbol Islam yang menjejaskan kepercayaan agama (kanak-kanak)”.

Guru itu juga menggalakkan pelajar untuk “menerima tanggapan homoseksual dan menyebarkan pandangan yang mempromosikan hubungan sejenis,” yang dianggap melanggar nilai agama dan budaya Maghribi oleh ibu bapa.

Susulan itu, ibu bapa yang berang menyifatkan ajaran tersebut sebagai “pencerobohan serius terhadap kanak-kanak, menjejaskan identiti budaya, persekitaran masyarakat dan kestabilan psikologi mereka”.

Abderrahim menyebut yang kanak-kanak terbabit berumur di bawah 10 tahun dan menekankan bahawa tindakan guru itu adalah “eksploitasi menjijikkan pada zaman kanak-kanak mereka.”

Dia juga menyifatkan tindakan guru itu sebagai “jenayah terhadap mereka (murid) dan penyelewengan pedagogi guru terhadap kanak-kanak yang memerlukan bimbingan sewajarnya.”

Pada mulanya, ibu bapa melaporkan kejadian itu kepada pentadbiran sekolah, menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pelajaran yang baru diperkenalkan itu.

Bagaimanapun, mereka “hilang sabar” selepas pihak sekolah “berdiam diri dan tidak ambil peduli” mengenai kejadian itu, mendorong ibu bapa untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ramai pengguna media sosial Maghribi yang menyokong kebimbangan ibu bapa terhadap pelajaran yang dianggap sensitif di negara Afrika Utara itu.

Namun, ada juga yang tidak bersetuju dan mempertikaikan mengapa ibu bapa mengharapkan “pendidikan ala Maghribi” dari sebuah sekolah misionari.

Maghribi adalah negara Islam dan konservatif yang melarang perbuatan homoseksual.

Artikel 489 kanun keseksaan negara itu mengenakan hukuman penjara enam bulan hingga tiga tahun dan denda sehingga $1,200 (RM5,292) kepada pelaku hubungan sejenis itu.

Bagaimanapun, sokongan aktivis Maghribi dan organisasi hak asasi manusia terhadap hak LGBT dilihat secara konsisten sejak beberapa tahun, membuat beberapa rayuan dengan pihak berkuasa untuk menyahjenayahkan hubungan sejenis.

Sumber: Morocco World News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Mesir nafi sertai pasukan PBB di sempadan Gaza

Mesir pada Rabu menolak laporan mengenai penyertaannya dalam pasukan Arab anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpotensi untuk mengawal lintasan sempadan Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mesir pada Rabu menolak laporan mengenai penyertaannya dalam pasukan Arab anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpotensi untuk mengawal lintasan sempadan Gaza.
  • “Tiada kebenaran dalam khabar angin diedarkan beberapa laman web berita mengenai persetujuan Mesir untuk mengambil bahagian dalam pasukan Arab di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengawal lintasan dengan Gaza,” kata seorang pegawai kanan Mesir dipetik saluran berita Qahera.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan Mesir juga enggan berkoordinasi dengan Israel mengenai sempadan Rafah, laluan penting untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza, sejak Tel Aviv menawan bahagian Palestin di terminal itu bulan lalu.

Mesir pada Rabu menolak laporan mengenai penyertaannya dalam pasukan Arab anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpotensi untuk mengawal lintasan sempadan Gaza.

“Tiada kebenaran dalam khabar angin diedarkan beberapa laman web berita mengenai persetujuan Mesir untuk mengambil bahagian dalam pasukan Arab di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengawal lintasan dengan Gaza,” kata seorang pegawai kanan Mesir dipetik saluran berita Qahera.

Agensi berita Anadolu melaporkan Mesir juga enggan berkoordinasi dengan Israel mengenai sempadan Rafah, laluan penting untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza, sejak Tel Aviv menawan bahagian Palestin di terminal itu bulan lalu.

Melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera, rejim Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.

Hampir 37,400 warga Palestin terbunuh sejak itu di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 85,400 lain cedera, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending