Connect with us

Terkini

Guna WiFi percuma di masjid, surau untuk perkara bermanfaat – MB Johor

Kerajaan negeri Johor berharap kemudahan WiFi yang disediakan secara percuma di masjid dan surau di negeri itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, terutama oleh golongan muda.

Wartawan TMT

Published

on

Guna WiFi percuma di masjid, surau untuk perkara bermanfaat – MB Johor
Foto: Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  • Kerajaan negeri Johor berharap kemudahan WiFi yang disediakan secara percuma di masjid dan surau di negeri itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, terutama oleh golongan muda.
  • Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu disediakan untuk memberi kemudahan kepada jemaah termasuk orang muda Johor mendapatkan akses Internet bagi tujuan pembelajaran, celik maklumat dan pelbagai aktiviti pengimarahan.
  • Beliau berkata kerajaan negeri turut berharap pelaksanaan itu dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk kembali mendekati masjid, bukan sahaja untuk mengerjakan solat tetapi sebagai tempat rujukan bagi menuntut ilmu pengetahuan menerusi kemudahan WiFi yang disediakan.
  • Onn Hafiz berkata pemasangan talian WiFi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di 127 masjid dan 33 surau di negeri ini melibatkan kos RM470,404.80 meliputi kos sewaan selama 12 bulan, pemasangan serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor berharap kemudahan WiFi yang disediakan secara percuma di masjid dan surau di negeri itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, terutama oleh golongan muda.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu disediakan untuk memberi kemudahan kepada jemaah termasuk orang muda Johor mendapatkan akses Internet bagi tujuan pembelajaran, celik maklumat dan pelbagai aktiviti pengimarahan.

Beliau berkata kerajaan negeri turut berharap pelaksanaan itu dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk kembali mendekati masjid, bukan sahaja untuk mengerjakan solat tetapi sebagai tempat rujukan bagi menuntut ilmu pengetahuan menerusi kemudahan WiFi yang disediakan.

“Harap anak-anak muda dapat memanfaatkannya sebaik mungkin, mungkin di sekolah tiada WiFi, bolehlah pergi ke masjid-masjid dan gunakan perkhidmatan ini secara percuma. Usaha WiFikan masjid ini bukan satu dua, tetapi semua masjid.

“Bagaimanapun, harap jangan ada gunakan perkhidmatan ini untuk perkara yang memudaratkan. Tok Kadi kena monitor. Jangan guna untuk (perkhidmatan penstriman) Netflix,” katanya dalam kenyataan Isnin malam.

Onn Hafiz berkata pemasangan talian WiFi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di 127 masjid dan 33 surau di negeri ini melibatkan kos RM470,404.80 meliputi kos sewaan selama 12 bulan, pemasangan serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau berkata sehingga Rabu lepas, sebahagian ahli kariah daripada 19 masjid dan surau telah mendapat manfaat tersebut apabila kerja pemasangan berjaya disiapkan.

“Kita jangkakan 800 masjid dan surau di negeri ini bakal memperoleh kemudahan tersebut dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Padang Kawad Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam di Kluang dan melancarkan inisiatif WiFi masjid dan surau peringkat negeri.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Demo Rakyat Lawan Anwar’: 10 individu beri keterangan di IPD Putrajaya

Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’ (baju hitam tengah).
  • 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.
  • Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.
  • “Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” kata Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’.

KUALA LUMPUR — Seramai 10 daripada 12 individu, termasuk penganjur Himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang berkumpul di tempat letak kenderaan Kompleks Seri Perdana, Sabtu lalu sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya petang ini.

Mereka dilaporkan memasuki IPD Putrajaya kira-kira jam 2.00 petang dan keluar dua jam kemudian.

Ketua Penggerak Demi Negara dan penganjur perhimpunan, Aidil Yunus atau dikenali ‘YB Viral’, berkata dua individu lain yang dipanggil terdiri dari aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri, BERSATU Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. 

Beliau berkata mereka diambil keterangan secara berasingan dan memberi kerjasama kepada polis.

“Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil kami semula bagi menyambung keterangan dan sekiranya ada, kita akan memberi kerjasama penuh,” katanya. 

Sembilan individu yang hadir ialah Tengku Intan Tengku Abdul Hamid; Siti Nuraliana Zulaikha Olivia; Mohd Zubir Embong; Nurpais Ismail; Lim Chue Har (Michelle Foo); Mohd Faizal Hassan; Shee Chee Weng (Alex) dan Dr Fathul Farisan Ab Rahman serta peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah dibuka susulan himpunan ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending