Connect with us

Terkini

Kes saman sivil gangguan seksual : Hakim kecewa Ebit Lew mohon tangguh di saat akhir

Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, membenarkan permohonan peguam bela meminta perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Ebit Lew mohon tangguh perbicaraan kes gangguan seksual
Foto: Pendakwah, Ebit Lew.
  • Hakim, Dato Mohd Zaki Abdul Wahab bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana pihak defendan (Ebit Lew) mengemukakan permohonan tersebut pada saat akhir.
  • Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, membenarkan permohonan peguam bela meminta perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, ditangguhkan ke satu tarikh baharu.
  • Kes perbicaraan itu sepatutnya berlangsung pada hari ini sehingga 6 April 2023.
  • Hakim putuskan pihak defendan perlu kemukakan permohonan penangguhan sebelum 28 April 2023.
  • Mahkamah mengarahkan pihak yang mewakili defendan dan plantif memfailkan hujahan serentak sebelum 1 Jun dan menfailkan hujahan balas sebelum 13 Jun.
  • Pada 26 September lalu, The Merdeka Times melaporkan seorang individu mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew telah memfailkan saman sivil ke atas selebriti itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAMMahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, membenarkan permohonan peguam bela meminta perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Kes perbicaraan itu sepatutnya berlangsung pada hari ini sehingga 6 April 2023.

Hakim, Dato Mohd Zaki Abdul Wahab bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana pihak defendan (Ebit Lew) mengemukakan permohonan tersebut pada saat akhir.

Nor Azali Nordin dan Syahidah Hanum dari Tetuan Syahidah Sharul & Marsyara yang mewakili plaintif mendakwa pihaknya ada menerima permohonan penangguhan dari pihak defendan yang diwakili peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican dan Muzammil Merican menerusi e-mel pada 30 Mac lalu.

Oleh itu, hakim memutuskan pihak defendan perlu mengemukakan permohonan penangguhan sebelum 28 April 2023.

Mahkamah mengarahkan pihak yang mewakili defendan dan plantif memfailkan hujahan serentak sebelum 1 Jun dan menfailkan hujahan balas sebelum 13 Jun.

Jadual perbicaraan pada minggu ini dilapangkan dan tarikh baru belum diputuskan bagi memberi keutamaan kepada perbicaraan permohonan tersebut terlebih dahulu.

Pada 26 September lalu, The Merdeka Times melaporkan seorang individu mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew telah memfailkan saman sivil ke atas selebriti itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mangsa mendakwa Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, telah menghantar mesej-mesej yang berbaur lucah serta menghantar gambar-gambar kemaluan lelaki kepadanya. Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis terhadap Ebit Lew pada tahun 2021. — The Merdeka Times

Author