Terkini
Dapatkan kelulusan MAINPP jika mahu solat Aidilfitri di kawasan lapang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran solat Hari Raya Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka di negeri itu.
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran solat Hari Raya Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka di negeri itu.
- Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, penganjur cuma perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk melaksanakan solat di kawasan lapang.
- Beliau yang juga Yang DiPertua MAINPP bagaimanapun menegaskan, kemudahan sedia ada di masjid dan surau di negeri ini lebih baik digunakan untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidifitri.
- “Kita tidak menghalang jika ada pihak yang mahu menganjurkan solat Aidilfitri di tempat lapang tetapi kalau hendak buat (anjur), lakukan di tempat selamat dan selesa.
GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghalang penganjuran solat Hari Raya Aidilfitri di kawasan lapang atau terbuka di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, penganjur cuma perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk melaksanakan solat di kawasan lapang.
Beliau yang juga Yang DiPertua MAINPP bagaimanapun menegaskan, kemudahan sedia ada di masjid dan surau di negeri ini lebih baik digunakan untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidifitri.
“Kita tidak menghalang jika ada pihak yang mahu menganjurkan solat Aidilfitri di tempat lapang tetapi kalau hendak buat (anjur), lakukan di tempat selamat dan selesa.
“Kita ada masjid dan surau yang selesa tapi jika hendak anjurkan di tempat lain seperti kawasan lapang, dewan, kita benarkan dengan syarat perlu mendapat kebenaran MAINPP,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu beliau menghadiri program sumbangan Hari Raya Aidilfitri SMS Deen Jewellers kepada 60 penarik beca di pekarangan luar Masjid Kapitan Keling di sini hari ini.
Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Solat Hari Raya Aidilfitri di Perlis digalakkan bagi dilaksana di tanah lapang sebagaimana tahun sebelum ini.
Pelaksanaan itu adalah selaras dengan sunnah Rasulullah SAW selain dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 berbanding solat di tempat tertutup.
Baginda bertitah pemilihan tanah lapang adalah tertakluk kepada ketetapan oleh jawatankuasa kariah masjid masing-masing.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zakiyuddin berkata, belum ada keperluan untuk melakukan solat hajat atas faktor cuaca panas yang dijangka sehingga Ogos.
“Kita belum bincang mengenai isu ini dan solat hajat itu akan dilakukan jika berlaku kemarau berpanjangan tetapi jika cuaca begini, kita tidak anjur,” katanya ringkas.
Pada Khamis lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menjalankan operasi pembenihan awan dengan segera di kawasan tadahan empangan bagi mengelak krisis air di negeri itu.
Sumber: Malaysia Gazette
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times