Connect with us

Antarabangsa

China dituduh sekat maklumat kebakaran hospital di Beijing korbankan 29 nyawa

Kebakaran paling maut melanda ibu negara China dalam tempoh dua dekad membunuh 29 individu di sebuah hospital pada Selasa, namun majoriti penduduk tidak dimaklumkan berkenaan insiden kerana dirahsiakan pihak berkuasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China dituduh sekat maklumat kebakaran hospital di Beijing korbankan 29 nyawa
Foto: Hospital Changfeng Beijing selepas kebakaran.
  • Kebakaran paling maut melanda ibu negara China dalam tempoh dua dekad membunuh 29 individu di sebuah hospital pada Selasa, namun majoriti penduduk tidak dimaklumkan berkenaan insiden kerana dirahsiakan pihak berkuasa.
  • Kebakaran di Hospital Changfeng di daerah Fengtai dilapor berlaku sekitar jam 1 tengah hari pada Selasa, memaksa beberapa individu berusaha memanjat keluar dari tingkap dan berhimpit-himpit di unit penghawa dingin, bagaimanapun media kerajaan mendiamkan diri dan insiden itu ditapis di internet.
  • Tahap kawalan maklumat dan penapisan mengejutkan ke atas pengguna internet dan penduduk Beijing, menyebabkan ramai daripada mereka mengadu dalam talian kerana tidak tahu mengenai kebakaran maut yang berlaku di bandar itu sehingga lewat malam Selasa.
  • Ia juga merupakan salah satu insiden paling banyak ditapis dalam beberapa tahun kebelakangan ini – dan tanda kawalan ketat ke atas media di China di bawah Presiden Xi Jinping.

(CNN) — Kebakaran paling maut melanda ibu negara China dalam tempoh dua dekad membunuh 29 individu di sebuah hospital pada Selasa, namun majoriti penduduk tidak dimaklumkan berkenaan insiden kerana dirahsiakan pihak berkuasa.

Kebakaran di Hospital Changfeng di daerah Fengtai dilapor berlaku sekitar jam 1 tengah hari pada Selasa, memaksa beberapa individu berusaha memanjat keluar dari tingkap dan berhimpit-himpit di unit penghawa dingin, bagaimanapun media kerajaan mendiamkan diri dan insiden itu ditapis di internet.

Tahap kawalan maklumat dan penapisan mengejutkan ke atas pengguna internet dan penduduk Beijing, menyebabkan ramai daripada mereka mengadu dalam talian kerana tidak tahu mengenai kebakaran maut yang berlaku di bandar itu sehingga lewat malam Selasa.

Pada Rabu, pegawai Beijing memaklumkan butiran lanjut kebakaran itu semasa sidang akhbar, yang ditangguhkan selama setengah jam dan berlangsung kurang 20 minit.

Kebakaran melanda sebuah bangunan pesakit dalam Hospital Changfeng berpunca daripada percikan api kerja pengubahsuaian dalaman yang menggunakan cat mudah terbakar, kata pegawai di Jabatan Bomba Beijing,  Zhao Yang.

12 individu ditahan kerana disyaki melakukan kecuaian teruk, termasuk pengarah hospital dan pekerja pembinaan, kata pegawai Biro Keselamatan Awam Beijing,  Sun Haitao.

Dalam video dikongsi di media sosial pada Selasa – sebelum ditapis – kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari beberapa tingkap hospital ketika orang ramai berusaha menyelamatkan diri daripada kebakaran di mana ada di antara mereka menggunakan tali diperbuat daripada cadar untuk turun dari tingkap ke bahagian tingkat bawah.

Sementara, Individu lain sama ada kelihatan berhimpit-himpit di atas unit penghawa dingin yang diletakkan di bahagian luar bangunan, atau menggunakan unit tersebut untuk menggerakkan diri mereka dari satu bahagian ke bahagian selanjutnya, manakala seorang individu dilihat melompat dari satu tingkat bangunan ke bahagian bawah.

Kebakaran itu adalah paling maut di Beijing dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melebihi jumlah korban kebakaran pada 2017 yang meragut nyawa 19 individu dalam bangunan dua tingkat yang sempit di daerah Daxing di pinggir selatan ibu negara.

Ia juga merupakan salah satu insiden paling banyak ditapis dalam beberapa tahun kebelakangan ini – dan tanda kawalan ketat ke atas media di China di bawah Presiden Xi Jinping.

Kebakaran itu berlaku di kawasan kejiranan yang sibuk di barat Beijing sekitar tengah hari pada Selasa, namun ia tidak dilaporkan media China sehingga kira-kira lapan jam selepas anggota bomba menjawab panggilan untuk bantuan.

Sumber: CNN World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *