Antarabangsa
(VIDEO) Calon pemimpin keselamatan Israel anggap bunuh rakyat Palestin suatu nikmat
Seorang pesara kolonel Israel, Avinoam Emunah merupakan salah seorang calon untuk memimpin ‘pasukan keselamatan negara’ di bawah seliaan menteri sayap kanan keselamatan negara itu, Itamar Ben Gvir.
Seorang pesara kolonel Israel, Avinoam Emunah merupakan salah seorang calon untuk memimpin ‘pasukan keselamatan negara’ di bawah seliaan menteri sayap kanan keselamatan negara itu, Itamar Ben Gvir.
Avinoam yang merupakan calon pilihan utama itu terkenal kerana menggalakkan tenteranya untuk berseronok membunuh rakyat Palestin, enggan bekerja dengan wanita dan kerana pandangan agamanya yang ketat.
Memetik laporan beberapa portal antarabangsa, dia mengenakan hukuman kepada tenteranya yang tidak menggunakan cukup kekerasan di Semenanjung Gaza.
Berdasarkan sebuah video dirakam ketika perang di Gaza pada 2014, dia memberitahu tenteranya untuk menikmati saat membunuh rakyat Palestin.
View this post on Instagram
“Kebanyakan masa, anda akan melihat mereka melarikan diri… Bunuh mereka ketika mereka melarikan diri,” katanya di dalam video itu.
“Senyumlah, kawan-kawan. Kamu patut menikmatinya. Cubalah berseronok,” katanya.
Avinoam turut merujuk pejuang Palestin sebagai “tikus”.
Dalam artikel yang diterbitkan dalam majalah tentera pada 2015, dia mengunakan moto “senyum-bunuh-nikmati” sebagai “kata-kata untuk merangsang” tentera.
Awal bulan ini, kerajaan Israel meluluskan rancangan menubuhkan “pasukan keselamatan negara” di bawah arahan langsung Itamar Ben Gvir.
Rakyat Palestin berkata pasukan yang akan menumpukan usaha menentang ‘rusuhan’ atau ‘jenayah’ di kawasan Palestin dalam Israel itu akan digunakan untuk menyasarkan mereka.
Pasukan itu akan mempunyai bajet satu bilion shekel (RM1,202,025,558) dan menggaji sekitar 2,000 pengawal yang akan mempunyai kuasa sama seperti pegawai polis.
Itamar sudah mula menyenaraikan calon untuk memimpin pasukan itu bagi memastikan ia sejajar dengan agendanya, dan Avinoam dilihat sebagai calon pilihan utama.
Sumber: Youtube TRT World, Middle East Eye