Antarabangsa
(VIDEO) Bekas Ahli Parlimen Islam di India ditembak mati secara langsung di depan kamera
Seorang bekas Ahli Parlimen Islam di India ditembak mati secara langsung di depan kamera/TV oleh lelaki yang melaungkan slogan perang pelampau Hindutva “Jai Shri Ram”.
- Seorang bekas Ahli Parlimen Islam di India ditembak mati secara langsung di depan kamera/TV oleh lelaki yang melaungkan slogan perang pelampau Hindutva “Jai Shri Ram”.
- Atiq Ahmed ditembak mati bersama abangnya semasa dalam tahanan polis di bandar utara Prayagraj di Uttar Pradesh, India.
- Lelaki bersenjata itu dilihat menyamar sebagai wartawan, melepaskan beberapa das tembakan ke arah Ahmed dan Bekas Penggubal Undang-undang Negeri, Ashraf Ahmed ketika mereka dalam keadaan bergari menuju ke hospital diiringi polis untuk pemeriksaan kesihatan.
- Tiga suspek menyerah diri kepada polis yang mana ada di antara mereka melaungkan “Jai Shri Ram,” atau “Salam Tuhan Ram” – slogan bagi Hindu nasionalis dalam kempen menentang umat Islam.
- Peguamnya, Vijay Mishra berkata tembakan itu mengejutkan kerana ia jelas kegagalan polis dalam memastikan keselamatan anak guamnya.
Seorang bekas Ahli Parlimen Islam di India ditembak mati secara langsung di depan kamera/TV oleh lelaki yang melaungkan slogan perang pelampau Hindutva “Jai Shri Ram”.
Atiq Ahmed ditembak mati bersama abangnya semasa dalam tahanan polis di bandar utara Prayagraj di Uttar Pradesh, lapor 5 Pillars.
Lelaki bersenjata itu dilihat menyamar sebagai wartawan, melepaskan beberapa das tembakan ke arah Ahmed dan Bekas Penggubal Undang-undang Negeri, Ashraf Ahmed ketika mereka dalam keadaan bergari menuju ke hospital diiringi polis untuk pemeriksaan kesihatan.
View this post on Instagram
Tiga suspek, Lavlesh Tiwari, Arun Maurya dan Sunny Singh menyerah diri kepada polis selepas insiden tembakan terbabit yang mana ada di antara mereka melaungkan “Jai Shri Ram,” atau “Salam Tuhan Ram” – slogan bagi Hindu nasionalis dalam kempen menentang umat Islam.
Pegawai polis Ramit Sharma memberitahu The Associated Press; “Mereka berjaya mendekati Atiq dan abangnya dengan alasan merakam bunyi lalu melepaskan tembakan ke arah mereka dari jarak dekat. Kedua-duanya mengalami kecederaan tembakan di kepala.
“Semuanya berlaku dalam beberapa saat,” kata Sharma.
Bulan lalu, Atiq Ahmed dalam petisyen kepada Mahkamah Tertinggi India berkata nyawanya terancam oleh polis di negeri diperintah parti nasionalis berhaluan kanan Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP).
Peguamnya, Vijay Mishra, berkata tembakan itu mengejutkan kerana ia jelas kegagalan polis dalam memastikan keselamatan anak guamnya.
Tembakan itu berlaku beberapa hari selepas anak lelaki Atiq, Asad Ahmed, 19, didakwa melakukan pembunuhan baru-baru ini, dibunuh polis dalam insiden disifatkan sebagai berbalas tembakan.
Atiq Ahmed, 60, dipenjarakan pada 2019 selepas disabitkan kesalahan menculik di mana sebelum ini dia menjadi Ahli Parlimen tempatan sebanyak empat kali dan dipilih ke Parlimen India pada 2004. Bagaimanapun, dia dilaporkan menghadapi lebih 100 kes undang-undang.
Beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 180 orang menghadapi pertuduhan dibunuh di Uttar Pradesh dalam “pertemuan polis” yang dikatakan kumpulan hak asasi manusia sebagai hukuman mati di luar undang-undang.
Sumber : 5 Pillaars