Antarabangsa
Wanita selamat selepas 10 jam ditanam hidup-hidup di Brazil
Seorang wanita ditemui selamat selepas 10 jam ditanam hidup-hidup di tanah perkuburan perbandaran di Brazil, Selasa lalu.
- Polis di tenggara Minas Gerais berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditemui pekerja di tanah perkuburan yang menghubungi perkhidmatan kecemasan sejurus terlihat kesan darah di sekitar lot kubur baharu.
- Katanya, mangsa dipercayai ditanam di lot kubur berlapis di Tanah Perkuburan Bandar Visconde do Rio Branco dengan populasi seramai 43,000 orang, pada malam Isnin lalu.
- “Polis yang terdengar seseorang meminta bantuan dari dalam (kubur) bertindak memecahkan dinding bata dan mengeluarkan seorang wanita.
- “Wanita terbabit mengalami kecederaan di kepala dan lengan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Pasukan penyiasat berkata, mangsa menjadi sasaran serangan balas dendam oleh geng akibat stok dadah dan senjata api disembunyikan di rumahnya, hilang.
RIO DE JANEIRO: Seorang wanita ditemui selamat selepas 10 jam ditanam hidup-hidup di tanah perkuburan perbandaran di Brazil, Selasa lalu.
Polis di tenggara Minas Gerais berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditemui pekerja di tanah perkuburan yang menghubungi perkhidmatan kecemasan sejurus terlihat kesan darah di sekitar lot kubur baharu.
Katanya, mangsa dipercayai ditanam di lot kubur berlapis di Tanah Perkuburan Bandar Visconde do Rio Branco dengan populasi seramai 43,000 orang, pada malam Isnin lalu.
Dua suspek, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun kini sedang diburu pihak polis.
“Polis yang terdengar seseorang meminta bantuan dari dalam (kubur) bertindak memecahkan dinding bata dan mengeluarkan seorang wanita.
“Wanita terbabit mengalami kecederaan di kepala dan lengan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Pasukan penyiasat berkata, mangsa menjadi sasaran serangan balas dendam oleh geng akibat stok dadah dan senjata api disembunyikan di rumahnya, hilang.
Mangsa memberitahu polis dua lelaki bertopeng menyerbu rumahnya, menyerang dia dan suami, namun pasangannya berjaya melarikan diri.
Agensi berita G1 pula melaporkan, mangsa kini dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan semakin pulih. – AFP
Sumber: Berita Harian