Connect with us

Terkini

Skim pembiayaan bantu golongan sasar, B40 miliki rumah sedang diteliti – KPKT

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti untuk memperbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar, khususnya B40, untuk memiliki rumah.

Wartawan TMT

Published

on

Skim pembiayaan bantu golongan sasar, B40 miliki rumah sedang diteliti - KPKT
Foto: Timbalan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
  • Antara inisiatif telah dilaksanakan Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditawarkan. – Timbalan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  • “Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 4,690 keluarga telah ditawarkan skim RTO PPR di seluruh negara dan masih berbaki 1,376 unit rumah yang belum ditawarkan, ” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
  • Jelasnya lagi, salah satu program di bawah inisiatif berkenaan adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu bayar wang pendahuluan ditawarkan kepada golongan tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig economy.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti untuk memperbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar, khususnya B40, untuk memiliki rumah.

Menurut timbalan menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditawarkan.

Jelas beliau, RTO yang diperkenalkan sejak 2017 telah dilaksanakan di 14 PPR di seluruh negara, dan ia membantu pemilik rumah B40 memiliki kediaman.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 4,690 keluarga telah ditawarkan skim RTO PPR di seluruh negara dan masih berbaki 1,376 unit rumah yang belum ditawarkan.

“KPKT juga sedang meneliti untuk mempelbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar memiliki rumah,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu, bagi membantu pembeli rumah pertama, Akmal berkata KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).

Jelas Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, salah satu program di bawah inisiatif berkenaan adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig economy.

“Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bercadang untuk meneruskan inisiatif ini melalui jaminan sehingga RM5 billion nilai pinjaman untuk manfaat 20,000 peminjam yang memerlukan.

“Seterusnya, di bawah Belanjawan 2023 juga, kerajaan akan meneruskan inisiatif i-Miliki yang melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama bagi rumah berharga sehingga RM1 juta,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending