Terkini
Sektor perhotelan mohon kelonggaran gajikan pekerja asing
Sektor perhotelan dalam negara masih terbeban dengan keperluan untuk mendapatkan pekerja asing yang sehingga kini masih belum mendapat jalan penyelesaian.

- Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh berkata, pihak hotel di seluruh negara kini berdepan isu kekurangan pekerja terutama ketika permintaan penganjuran pelbagai acara dan mesyuarat meningkat di hotel-hotel.
- “Ketika kerajaan menguatkuasakan (waktu bekerja) 45 jam seminggu itu, ia memang beri kesan kepada kami sedikit jadi kami memerlukan pekerja asing di bahagian housekeeping dan pelayan,” katanya.
- “Saya harap pihak kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia dapat memberikan kelonggaran kepada sektor perhotelan dan pelancongan untuk menggajikan pekerja asing.” – Pengerusi MAH Negeri Sembilan, Haziz Hassan
PORT DICKSON: Sektor perhotelan dalam negara masih terbeban dengan keperluan untuk mendapatkan pekerja asing yang sehingga kini masih belum mendapat jalan penyelesaian.
Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh berkata, pihak hotel di seluruh negara kini berdepan isu kekurangan pekerja terutama ketika permintaan penganjuran pelbagai acara dan mesyuarat meningkat di hotel-hotel.
“Memang hotel tidak cukup kakitangan, banyak pihak mahu melancarkan acara dan mesyuarat dekat hotel kerana mereka mahu melakukannya sebelum bulan Ramadan.
“Ketika kerajaan menguatkuasakan (waktu bekerja) 45 jam seminggu itu, ia memang beri kesan kepada kami sedikit jadi kami memerlukan pekerja asing di bahagian housekeeping dan pelayan,” katanya.
Beliau ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Pelancaran Karnival MAH Negeri Sembilan Food Festival 2023 dan Promosi Jualan Sempena Ramadan di sini kelmarin.
Majlis dirasmikan oleh Pengerusi MAH Negeri Sembilan, Haziz Hassan.
Christina berkata, pihaknya juga telah menghantar surat untuk bertemu dengan Menteri Sumber Manusia bagi membincangkan isu yang dihadapi sektor perhotelan termasuk berkaitan pekerja asing.
Sementara itu, Haziz berkata, pihak industri hotel sehingga kini masih lagi menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerja terutama dalam kalangan rakyat tempatan.
“Saya harap pihak kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia dapat memberikan kelonggaran kepada sektor perhotelan dan pelancongan untuk menggajikan pekerja asing,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing ia hanya akan dilaksanakan bagi lima sektor atau subsektor yang kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).
Sumber: Utusan
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS