Connect with us

Terkini

Projek High Council didakwa promosi budaya merokok dalam kalangan pelajar- Public Health Malaysia

Drama siri Projek High Council yang mengangkat kisah zaman persekolahan termasuk gangsterisme yang ditayangkan di Astro sejak 14 Januari 2023 sehingga 18 Mac 2023 didakwa mempromosikan budaya merokok.

Published

on

Projek High Council didakwa promosi budaya merokok dalam kalangan pelajar- Public Health Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Masa tayangan adegan merokok di dalam drama bersiri itu terlalu banyak dan keterlaluan -Public Health Malaysia
  • Pemerhati aktiviti syarikat tembakau melihat situasi ini sebagai strategi pemasaran syarikat rokok yang ingin budaya merokok terus kekal releven dalam kalangan pelajar sekaligus mengukuhkan budaya normalisasi merokok dalam masyarakat yang sedia ada tegar.
  • Public Health Malaysia menyenaraikan beberapa adegan merokok dari drama siri terbabit iaitu antaranya, babak Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik dorm. 
  • “Watak adik-beradik Naim dan Fakri merokok di halaman rumah, tiada ibu yang membenarkan anak bawah umur untuk merokok di laman rumah
  • “Guru menutup sebelah mata pelajar asrama merokok. Tiada guru atau warden yang akan membiarkan pelajar merokok secara berleluasa di sekolah mereka!
  • “Ya, merokok memang antara masalah dikalangan pelajar. Tetapi dalam drama ini, screen time adegan merokok terlalu banyak dan keterlaluan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Drama siri Projek High Council yang mengangkat kisah zaman persekolahan termasuk gangsterisme yang ditayangkan di Astro sejak 14 Januari 2023 sehingga 18 Mac 2023 didakwa mempromosikan budaya merokok.

Dakwaan itu dibuat Public Health Malaysia yang tidak menafikan drama siri berkenan mempunyai banyak tarikan menarik dan penceritaan di luar kebiasaan produksi drama tempatan tapi menurutnya masa tayangan adegan merokok di dalam drama bersiri itu terlalu banyak dan keterlaluan.

Merokok dikalangan pelajar sememangnya satu isu bagi sekolah sekolah berasrama penuh.

“Namun, pelajar yang merokok di sekolah berasrama masih dilakukan secara tersembunyi bukannya secara TERBUKA seperti dalam drama ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Public Health Malaysia turut mempersoalkan akan kemungkinan wujud ‘tangan ghaib’ yang menuntut produksi memasukkan lebih banyak adegan merokok yang tiada keperluan tersebut.

Katanya, pemerhati aktiviti syarikat tembakau melihat situasi ini sebagai strategi pemasaran syarikat rokok yang ingin budaya merokok terus kekal relevan dalam kalangan pelajar sekaligus mengukuhkan budaya normalisasi merokok dalam masyarakat yang sedia ada tegar.

“Mungkin ramai yang akan memperlekehkan saranan ini. Namun inilah tanggungjawab sosial kami untuk memberi kesedaran kepada produksi dan masyarakat mengenai isu ini.

“Hentikan Promosi Merokok dalam produksi filem dan drama  – Elakkan mengambil duit dana syarikat rokok!” katanya.

Public Health Malaysia menyenaraikan beberapa adegan merokok dari drama siri terbabit iaitu antaranya, babak Kahar, Naim dan geng mereka merokok secara terbuka di dalam bilik dorm. 

Public Health Malaysia berkata tiada pelajar akan merokok dalam bilik dorm berikutan bau asap rokok yang kuat dan boleh dikesan warden malah rokok juga akan disembunyikan di tempat lebih rumit bukan diletakkan di dalam laci pelajar.

“Watak utama wanita Mia, yang merupakan tokan rokok dan juga seorang perokok… Merokok semasa sedang dating. Ya, Naim dan Mia merokok bersama semasa dating dan adegan ini berulang kali ditayangkan.

“Watak adik-beradik Naim dan Fakri merokok di halaman rumah, tiada ibu yang membenarkan anak bawah umur untuk merokok di laman rumah

“Guru yang menutup sebelah mata pelajar asrama merokok. Tiada guru atau warden yang akan membiarkan pelajar merokok secara berleluasa di sekolah mereka!

“Ya, merokok memang antara masalah dikalangan pelajar. Tetapi dalam drama ini, screen time adegan merokok terlalu banyak dan keterlaluan,” katanya. 

Drama siri Projek High Council adalah berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang terpisah sejak kanak-kanak dan bertemu semula di Kolej Ungku Dramat (KUDRAT), sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. 

Mereka berdua memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council” di mana pemenang “Pilihanraya” akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT. 

High Council membariskan pelakon baharu yang berbakat serta berpengalaman daripada pelbagai latar termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof. — The Merdeka Times

Sumber: Public Health Malaysia

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author