Terkini
Perbicaraan Nuramira boleh diadakan di rumah, hospital – Hakim
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi amaran bahawa perbicaraan membabitkan Siti Nuramira Abdullah boleh dijalankan di rumah atau hospitalnya jika dia masih tidak hadir ke mahkamah.

- Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi amaran bahawa perbicaraan membabitkan Siti Nuramira Abdullah boleh dijalankan di rumah atau hospital jika dia masih tidak hadir ke mahkamah.
- Nor Hasniah Ab Razak mengeluarkan peringatan keras itu apabila pasukan peguam Siti Nuramira memaklumkan bahawa anak guamnya itu sekali lagi tidak hadir hari ini.
- Semalam, perbicaraan kes kontroversi itu terpaksa ditangguhkan ke hari ini kerana Siti Nuramira mempunyai sijil cuti sakit kerana sakit perut.
- Nor Hasniah, kemudian menangguhkan perbicaraan ke 17 April dan menambah tarikh perbicaraan pada 26 dan 31 Mei bagi menggantikan hari perbicaraan yang ditangguhkan.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi amaran bahawa perbicaraan membabitkan Siti Nuramira Abdullah boleh dijalankan di rumah atau hospitalnya jika dia masih tidak hadir ke mahkamah.
Nor Hasniah Ab Razak mengeluarkan peringatan keras itu apabila pasukan peguam Siti Nuramira memaklumkan bahawa anak guamnya itu sekali lagi tidak hadir hari ini.
Semalam, perbicaraan kes kontroversi itu terpaksa ditangguhkan ke hari ini kerana Siti Nuramira mempunyai sijil cuti sakit kerana sakit perut.
Terdahulu semasa prosiding, hakim dimaklumkan oleh peguam Siti Nuramira, R Sivaraj bahawa anak guamnya masih tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana dimasukkan ke bilik kecemasan (ER) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi.
Bagaimanapun, ketika diberikan dokumentasi oleh penjamin Siti Nuramira, Nor Hasniah melahirkan rasa tidak puas hati, kerana dokumen yang dikemukakan itu tidak menunjukkan bahawa tertuduh telah dimasukkan ke ER.
Sebaliknya, hakim itu menyatakan bahawa dokumen berkenaan hanya menunjukkan pembayaran dan bukannya mengesahkan bahawa Siti Nuramira benar-benar dimasukkan ke hospital malam tadi.
Nor Hasniah kemudiannya menangguhkan perbicaraan ke 17 April dan menambah tarikh perbicaraan selanjutnya pada 26 dan 31 Mei bagi menggantikan hari perbicaraan yang ditangguhkan hari ini dan semalam.
Sumber: Malaysiakini

You must be logged in to post a comment Login