Connect with us

Terkini

Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan – JAWI

Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan perlu memastikan semua penceramah dijemput untuk program pengajian dan pengimarahan mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penceramah perlu ada tauliah di Wilayah Persekutuan - JAWI
Foto: Datuk Mohd Ajib Ismail.
  • Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan perlu memastikan semua penceramah dijemput untuk program pengajian dan pengimarahan mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan juga perlu kekal sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh serta unsur politik kerajaan.
  • Dua tempat ibadah itu di Wilayah Persekutuan tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
  • “Ia bagi memastikan institusi terbabit ditadbir secara efisien dan profesional khususnya membabitkan program pengimarahan dan pengajian agama,” katanya dalam kenyataan pada rabu.
  • Sebarang pelanggaran terhadap ketetapan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

KUALA LUMPUR: Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan perlu memastikan semua penceramah dijemput untuk program pengajian dan pengimarahan mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan juga perlu kekal sebagai zon aman dan bebas daripada sebarang pengaruh serta unsur politik kerajaan.

Katanya, dua tempat ibadah itu di Wilayah Persekutuan tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

“Ketetapan itu juga tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan pekeliling semasa.

“Ia bagi memastikan institusi terbabit ditadbir secara efisien dan profesional khususnya membabitkan program pengimarahan dan pengajian agama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru, beliau berkata, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Mohd Ajib berkata, institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan bukannya menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat.

Sumber: Berita Harian

Author