Connect with us

Antarabangsa

Padah promosi seks songsang, aktivis NGO feminis ditahan polis Zambia

Kerajaan Zambia idak akan bertolak ansur dengan penyebaran hak LGBTQ kerana ia bertentangan dengan nilai Kristian di negara itu. 

Wartawan TMT

Published

on

Padah promosi seks songsang, aktivis NGO feminis ditahan polis Zambia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Zambia menahan empat aktivis daripada kumpulan feminis yang didakwa memberi maklumat palsu tentang demonstrasi tunjuk perasaan, tapi promosi seks songsang.
  • Sistah Sistah Foundation anjur demonstrasi terhadap keganasan berkaitan jantina sempena Hari Wanita Sedunia, namun pihak berkuasa berkata ia adalah protes untuk mempromosi homoseksualiti.
  • Kerajaan tidak menyokong hak LGBTQ dan menyatakan pendirian itu sejak dua tahun lalu. – Menteri Keselamatan Dalam Negeri Zambia, Jack Mwiimbu.
  • Keempat-empat suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.
  • Tiga suspek didakwa menyampaikan maklumat palsu dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun.

LUSAKA – Kerajaan Zambia berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan penyebaran hak LGBTQ kerana ia bertentangan dengan nilai Kristian di negara itu. 

VOA News melaporkan amaran itu dikeluarkan sehari selepas polis menahan empat aktivis daripada kumpulan feminis yang didakwa memberi maklumat palsu tentang rancangan tunjuk perasaan.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi yang dibenarkan menentang keganasan berkaitan jantina pada Ahad sempena Hari Wanita Sedunia, namun pihak berkuasa berkata ia adalah protes mempromosi homoseksualiti.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Jack Mwiimbu menberitahu VOA pada Rabu lalu bahawa kerajaan tidak menyokong hak LGBTQ dan menyatakan pendirian itu sejak pihaknya berkuasa hampir dua tahun lalu.

Beliau mengecam perarakan dianjurkan Sistah Sistah Foundation, mengatakan protes itu bertentangan dengan nilai dan undang-undang Zambia.

“Saya memberi amaran kepada masyarakat supaya tidak melanggar undang-undang dengan  sengaja atas kesempatan yang membenarkan kebebasan bersuara dan berhimpun,” kata Mwiimbu.

Timbalan Jurucakap Polis Zambia, Dan Mwale memberitahu penunjuk perasaan tidak mengikut peraturan ditetapkan iaitu membenarkan mereka membuat protes berkenaan hak seksual dan jantina tetapi bukan hak LGBTQ.

Sistah Sistah Foundation enggan mengulas, namun mengeluarkan kenyataan di Twitter mengatakan pihaknya terkejut kerana perarakan itu dikatakan bertujuan menyebarkan tentang keganasan seksual terhadap wanita, bertukar menjadi gelombang kebencian dalam kalangan masyarakat, terutama dalam talian.

Kumpulan itu berkata keempat-empat suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu dan akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi, di mana tiga suspek didakwa menyampaikan maklumat palsu kepada pegawai awam dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun.

Perarakan yang disertai 300 individu itu menimbulkan perdebatan di Zambia dengan majoriti masyarakat menuduh Sistah Sistah Foundation mempromosi hak LGBTQ dan menggesa organisasi itu diharamkan, manakala sebahagiannya berpendapat Zambia perlu membenarkan isu sedemikian dibincangkan masyarakat.

Sumber: VOA News

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Malaysia boleh ikut jejak Australia haramkan penjualan vape di luar farmasi

Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed.
  • Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.
  • Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.
  • “Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • “Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.
  • “Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.
  • Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengikuti jejak Australia mengharamkan penjualan vape di luar farmasi sekiranya ia mahu berbuat demikian.

Doktor Farmasi Klinikal, Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed bagaimanapun berkata produk berkenaan perlu didaftar dan dikawal selia di bawah National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai produk berhenti merokok.

NPRA adalah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kalau kita nak ikut Australia, kita dah ada kita punya regulations. Kalau nak apa-apa produk pun digunakan untuk berhenti merokok, produk tersebut perlu diluluskan dahulu oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jadi kalau dia (penjual mengesyorkan) gunakan untuk tujuan membantu orang berhenti merokok, jadi daftarkanlah produk dia, produk rokok elektronik tu.

“Jadi bila dah daftar, bolehlah dijual di bawah kategori apa yang bersesuaian itu (yang) akan ditentukan pihak KKM berdasarkan bukti kajian klinikal yang dijalankan berdasarkan kepada tahap keselamatan, keberkesanan dan kualiti produk itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Australia melarang penjualan vape di luar farmasi berkuatkuasa semalam.

Semalam, Australia menjadi negara pertama menguatkuasakan pengharaman penjualan vape di luar farmasi yang menyaksikan pembuatan, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan tempatan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik, dilarang di bawah langkah pembaharuan itu.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan peniaga penjual vape, bukannya penggunanya.

Hukuman berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. 

Semakan TMT menerusi enjin carian di laman sesawang NPRA setakat ini menunjukkan tiada produk vape berdaftar di bawah agensi kawalselia farmaseutikal kebangsaan Malaysia itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending