Connect with us

Terkini

Negeri ramai miskin tegar digesa sertai IPR – Menteri Ekonomi

Kerajaan akan memanggil pimpinan dan wakil rakyat dari 20 buah daerah dalam negara bagi mendapatkan lebih banyak penyertaan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam kalangan miskin tegar dan B40.

Wartawan TMT

Published

on

Negeri ramai miskin tegar digesa sertai IPR – Menteri Ekonomi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Kerajaan akan memanggil pimpinan dan wakil rakyat dari 20 buah daerah dalam negara bagi mendapatkan lebih banyak penyertaan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam kalangan miskin tegar dan B40.
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, 20 daerah berkenaan melibatkan lima negeri paling ramai miskin tegar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak sejak IPR dilancarkan bulan lalu.
  • “Saya berharap perkara ini tidak dipolitikkan dan saya menjemput wakil rakyat dari negeri pembangkang untuk bersama melibatkan diri kerana kita memerlukan kerjasama semua pihak.
  • “Kita akan membuka pintu seluasnya agar kita dapat melihat kesesuaian setiap program dan aktiviti penjanaan pendapatan yang mahu diusahakan oleh penerima dari kawasan terlibat,” katanya.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memanggil pimpinan dan wakil rakyat dari 20 buah daerah dalam negara bagi mendapatkan lebih banyak penyertaan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dalam kalangan miskin tegar dan B40.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, 20 daerah berkenaan melibatkan lima negeri paling ramai miskin tegar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak sejak IPR dilancarkan bulan lalu.

“Kementerian akan memanggil pimpinan daripada pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakil rakyat dan juga agensi terbabit dari daerah-daerah termiskin di Malaysia.

“Antaranya adalah mereka dari daerah Tongod, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kudat, Telupid, Pusa, Nabawan, Kota Belud, Jeli, Kinabatangan, Kuala Krai, Gua Musang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Besut, Marang, Hulu Terengganu, Machang dan Dungun,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.

Menurut Rafizi, beliau akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengaturkan perjumpaan tersebut dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Saya berharap perkara ini tidak dipolitikkan dan saya menjemput wakil rakyat dari negeri pembangkang untuk bersama melibatkan diri kerana kita memerlukan kerjasama semua pihak.

“Kita akan membuka pintu seluasnya agar kita dapat melihat kesesuaian setiap program dan aktiviti penjanaan pendapatan yang mahu diusahakan oleh penerima dari kawasan terlibat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai IPR, Rafizi berkata, seramai 22,319 pengguna sah telah mendaftarkan diri di laman web sejak IPR dilancarkan pada 26 Februari lalu.

Katanya, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 34 peratus diikuti Johor sebanyak 11 peratus, Perak sembilan peratus, Kuala Lumpur 8.5 peratus, Negeri Sembilan 6.3 peratus dan Kedah 5.7 peratus.

Selain itu, Pulau Pinang  juga merekodkan pendaftaran sebanyak 5.4 peratus, Pahang 3.3 peratus, Melaka 2.7 peratus, Putrajaya 0.4 peratus dan Labuan 0.07 peratus.

Manakala lima negeri paling ramai miskin tegar iaitu Perlis mencatat jumlah pendaftaran sebanyak 0.5 peratus, Terengganu, 1.5 peratus, Kelantan 1.7 peratus, Sarawak 2.4 peratus, dan Sabah 5.7 peratus.

“Dengan sokongan dan penglibatan berterusan dari masyarakat, kami yakin bahawa program ini akan terus berjaya dalam mengurangkan kemiskinan dan mempromosikan pertumbuhan ekonomi di seluruh negara,” katanya.  – UTUSAN

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Pengharmonian undang-undang syariah-sivil, apa langkah kerajaan boleh lakukan?

Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.
  • Ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang itu akan terkesan, sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan Perlembagaan Persekutuan.
  • “…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.
  • “Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini .

KUALA LUMPUR — Malaysia dari segi ilmu dan substantif mempunyai bahan-bahan yang mencukupi untuk melaksanakan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata untuk itu semua agensi kerajaan perlu digerakkan untuk menjayakan usaha tersebut sebagaimana ia dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia.

Shamrahayu berkata ini kerana semua pihak yang terlibat dalam undang-undang berkenaan akan terkesan sekiranya penambahbaikan undang-undang dilakukan termasuk, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat bahawa seperti dinyatakan Yang Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau sekejap tadi bahawa pengharmonian undang-undang ini ataupun pelaksanaan keadilan dalam bidang undang-undang ini bukan sesuatu yang mudah.

“Jadi antara perkara saya sering bicarakan sebelum ini pun ialah bagaimana agensi-agensi kerajaan terutamanya perlu menyatupadukan gerak kerja mereka dan meletakkan agenda yang jelas tentang pengharmonian undang-undang.

“…Usaha (pengharmonian undang-undang) yang berlangsung hampir 40 tahun ini perlu diselaraskan dan cara untuk melaksanakan pengharmonian ini, perlu disusun dengan rapi dan ini memerlukan usaha kerajaan yang berterusan dengan melantik mereka atau agensi yang bertanggungjawab dalam usaha pengharmonian ini.

“Kalau ini tidak dilakukan, kita akan bercakap tentang perkara sama walaupun pada 40 tahun akan datang,” katanya ketika ditemui The Merdeka Times di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah atau strategi yang boleh dilakukan kerajaan, khususnya agensi agama, untuk menjayakan usaha pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Ia susulan pembentangan pertama di Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk, “Mendasari Pengharmonian Syariah-Sivil Ke Arah Pemartabatan Undang-Undang Syariah di Malaysia”, yang telah disampaikan Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Ramzi Osman.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata langkah lain yang penting dilaksanakan adalah memahamkan para hakim yang bertugas di mahkamah pada peringkat Persekutuan, bukan hanya hakim mahkamah syariah.

“Satu lagi yang saya fikir tidak disebut ialah untuk memperkasakan institusi-institusi atau personnel yang menyumbang kepada pelaksanaan perundangan di mahkamah syariah terutamanya mereka yang menguatkuasakan undang-undang iaitu pengawai penguatkuasa agama dari segi penyiasatannya dan pendakwaannya. 

“Dan saya fikir jika kedua jawatan ini, penguatkuasa dan pendakwaan ini tidak diperkasakan selaras mahkamah syariah maka ia juga tidak akan mendatangkan keharmonian sepatutnya atau yang terbaiknya dalam penguatkuasaan undang-undang syariah,” katanya.

Shamrahayu berkata pelaksanaan pengharmonian undang-undang syariah dan sivil di negara ini penting kerana ia adalah untuk mencapai keadilan dan supaya negara ini mempunyai identiti perundangannya sendiri.

“Pengharmonian (undang-undang syariah dan sivil) bermaksud untuk kita mencari sesuatu yang sama dan adil, sekarang ini terdapat perbezaan. 

“Contohnya suatu perkara itu dijenayahkan dalam perundangan syariah, tetapi tidak dijenayahkan dalam perundangan yang diamalkan di peringkat Persekutuan… Jadi untuk mencari kebaikan dalam sesuatu undang-undang itu, maka pengharmonian ini perlu dilakukan,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending