Connect with us

Terkini

Muhyiddin tetap didakwa walaupun dokumen siasatan tidak lengkap – Hamzah

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak pendakwaan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah).
  • Parti Bersatu mendakwa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikenakan enam pertuduhan walaupun dokumen siasatan belum lengkap.
  • Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak pendakwaan ketika beliau mengiringi Muhyiddin di mahkamah kelmarin.
  • “Saya masih teringat dalam mahkamah, apabila sahaja diminta peguam kita untuk mendapatkan dokumen, mereka kata belum lengkap atas pertuduhan itu. Mereka begitu zalim, siasatan belum lengkap kertas pendakwaan telahpun tersedia dan disebarkan ke seluruh negara untuk malukan pemimpin dan parti kita.
  • “Maknanya jelas, ini pertuduhan politik dan merosakkan imej Bersatu dan Perikatan Nasional bagi menutup kebobrokan sendiri untuk mengalih kegagalan kerajaan dengan cara memfitnah dan menuduh kita.
  • “Tetapi, rakyat tak bodoh, mereka tahu mana intan dan mana permata. Mereka tahu yang mana tin kosong dan yang mana benar-benar layak memimpin negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini (semalam).

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikenakan enam pertuduhan walaupun dokumen siasatan belum lengkap.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pihak pendakwaan ketika beliau mengiringi Muhyiddin di mahkamah kelmarin.

“Saya masih teringat dalam mahkamah, apabila sahaja diminta peguam kita untuk mendapatkan dokumen, mereka kata belum lengkap atas pertuduhan itu. Mereka begitu zalim, siasatan belum lengkap kertas pendakwaan telahpun tersedia dan disebarkan ke seluruh negara untuk malukan pemimpin dan parti kita.

“Maknanya jelas, ini pertuduhan politik dan merosakkan imej Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) bagi menutup kebobrokan sendiri untuk mengalih kegagalan kerajaan dengan cara memfitnah dan menuduh kita.

“Tetapi, rakyat tak bodoh, mereka tahu mana intan dan mana permata. Mereka tahu yang mana tin kosong dan yang mana benar-benar layak memimpin negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.

Katanya, sejak Muhyiddin didakwa, banyak kritikan dilemparkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama dalam soal dasar kerajaan.

“Dalam soal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan itu kita mahukan, rakyat sedang dalam ujian terhutang begitu banyak, dia mahu rakyat hutang sekali lagi,” katanya.

Justeru, beliau yakin kerajaan sedia ada tidak bertahan lama seperti yang disangkakan.

“Penguasa zalim tidak bertahan lama, penindasan demi penindasan bersulam kesumat bakal menjerat leher mereka sendiri. Percayalah, kezaliman akan dibalas dengan kehancuran kerana menzalimi kita, Bersatu dan PN.

“Mereka memperalatkan agensi kerajaan untuk melakukan pembunuhan karakter ke atas pemimpin kita sayangi, melakukan pendakwaan terpilih, bermotifkan politik dan penganiayaan, tetapi percayalah kita di pihak yang benar, kita akan bangkit dan ambil kembali kerajaan hari ini,” katanya.

Tambahnya, pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri akan menentukan nasib kerajaan tidak lama lagi.

“Mereka melakukan apa sahaja demi untuk kalahkan kita, tetapi PRN akan menentukan berapa lama hayat kerajaan. Kita yang jawab soalan itu, berapa lama kerajaan ini akan bertahan,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending