Terkini
Malaysia cadang batalkan tuntutan waris Sultan Sulu di mahkamah – Azalina
Kerajaan Malaysia bercadang untuk membawa kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan mereka terhadap bangunan milik kedutaan Malaysia di Perancis.
- Kerajaan Malaysia bercadang untuk membawa kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu ke mahkamah bagi batalkan tuntutan mereka terhadap bangunan milik kedutaan Malaysia di Perancis.
- Pengerusi Sekretariat Khas Sulu, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, insiden kehadiran bailif (pegawai undang-undang) pada 6 Mac lalu bukan untuk buat rampasan bangunan Kedutaan Malaysia dan kediaman kakitangan.
- “Pada pagi 6 Mac 2023, individu yang mengakui sebagai bailif memohon akses kepada premis (Kedutaan Malaysia) tersebut untuk tujuan survei atas alasan mendapatkan perincian hartanah berkenaan.
- “Kakitangan diplomatik di premis terbabit memaklumkan bailif tersebut, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian. Kemudian, bailif berkenaan meninggalkan premis yang dinyatakan. Ini bukan cubaan merampas hartanah,” menurut kenyataan yang dikongsikan Azalina menerusi Twitternya semalam.
KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia bercadang untuk membawa kumpulan yang mendakwa waris Sultan Sulu ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan mereka terhadap bangunan milik kedutaan Malaysia di Perancis.
Pengerusi Sekretariat Khas Sulu, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, insiden kehadiran bailif (pegawai undang-undang) pada 6 Mac lalu bukan untuk membuat rampasan bangunan Kedutaan Malaysia dan kediaman kakitangan.
“Pada pagi 6 Mac 2023, individu yang mengakui sebagai bailif memohon akses kepada premis (Kedutaan Malaysia) tersebut untuk tujuan survei atas alasan mendapatkan perincian hartanah berkenaan.
“Kakitangan diplomatik di premis terbabit memaklumkan bailif tersebut, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian. Kemudian, bailif berkenaan meninggalkan premis yang dinyatakan. Ini bukan cubaan merampas hartanah,” menurut kenyataan yang dikongsikan Azalina menerusi Twitternya semalam.
Jelas kenyataan itu, berdasarkan kepada taklimat guaman yang diberikan kepada pihak Kerajaan Malaysia, bailif berkenaan telah diarahkan oleh Kumpulan Sulu untuk mendapatkan perincian bangunan milik Malaysia itu.
Alasan diberikan bagi survei itu adalah bagi memenuhi prosedur Gadai Janji Berkanun yang didaftarkan pada 3 November 2022 dengan Perintah Kebenaran sebelah pihak daripada Mahkamah Perancis.
Bailif tersebut mendakwa mereka menjalankan tugas berdasarkan kepada Keputusan Separa yang diputuskan mahkamah bertarikh 29 September 2021.
Walau bagaimanapun, keputusan itu telah dicabar oleh Malaysia dalam pelbagai prosiding di Perancis dan kawasan bidang kuasa mahkamah yang lain
Jelas kenyataan itu, pada masa hadapan, Malaysia berhasrat menggesa Kumpulan Sulu ini untuk tampil dalam mahkamah yang memberikan perintah kebenaran tersebut untuk mendapatkan pembatalan pendaftaran Gadai Janji itu.
“Malaysia kekal dengan pendirian bahawa setiap misi diplomatik tidak boleh dicabul dan kebal daripada sebarang carian, pengambilan, atau penahanan dibawah Konvensyen Vienna berkenaan Hubungan Diplomatik.
“Malaysia juga tidak mengiktiraf arbitrasi komersial yang dimulakan oleh oleh penuntut Sulu dan akan terus mempertahankan kedaulatan negara menerusi forum perundangan sewajarnya,” jelas kenyataan itu.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel