Connect with us

Terkini

Mahkamah: S.M Faisal, Emilia bincang selesai kes pukul cara baik

Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin yang didakwa mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi memasuki episod baharu apabila kes itu akan diselesaikan di Mahkamah Majistret di sini.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah: S.M Faisal, Emilia bincang selesai kes pukul cara baik
Foto: Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
  • “Sepatutnya Emilia memberi keterangannya hari ini. Namun, saya ingin memaklumkan pihak-pihak (Emilia dan S.M Faisal) berhasrat untuk berunding secara serius untuk menyelesaikan kes.” – Peguam pemerhati Nazri Yahya
  • “Perkara itu sudah dimaklumkan kepada peguam S.M Faisal, oleh demikian kami mohon supaya dapat diizinkan bahawa mahkamah boleh melapangkan kes hari ini. Kami ada tarikh untuk beri makluman mengenai status rundingan iaitu sebelum atau pada 30 Mac,” katanya.
  • Peguam bela S.M Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, kemudian mengesahkan perkara yang dimaklumkan peguam pemerhati itu bahawa terdapat inisiatif kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes.
  • ”Pagi ini Nazri (peguam pemerhati) memberitahu perkara sama. Saya sudah beritahu peguam itu kita akan lakukan yang terbaik untuk selesaikan (kes) mengikut cadangan tertakluk terma anak guam.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin yang didakwa mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi memasuki episod baharu apabila kes itu akan diselesaikan di Mahkamah Majistret di sini.

Dalam prosiding hari ini, peguam pemerhati Nazri Yahya yang mewakili pihak pengadu iaitu Emilia memaklumkan, ini kerana pihak-pihak berhasrat secara serius untuk menyelesaikan kes.

“Sepatutnya Emilia memberi keterangannya hari ini. Namun, saya ingin memaklumkan pihak-pihak (Emilia dan S.M Faisal) berhasrat untuk berunding secara serius untuk menyelesaikan kes.

“Perkara itu sudah dimaklumkan kepada peguam S.M Faisal, oleh demikian kami mohon supaya dapat diizinkan bahawa mahkamah boleh melapangkan kes hari ini. Kami ada tarikh untuk memberi makluman mengenai status rundingan iaitu sebelum atau pada 30 Mac,” katanya.

Mendengar perkara itu, peguam bela S.M Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, kemudian mengesahkan perkara yang dimaklumkan peguam pemerhati itu bahawa terdapat inisiatif kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes.

”Pagi ini Nazri (peguam pemerhati) memberitahu perkara sama. Saya sudah beritahu peguam itu kita akan lakukan yang terbaik untuk selesaikan (kes) mengikut cadangan tertakluk terma anak guam.

“Saya mohon mahkamah rekodkan jika tiada penyelesaian dan tidak mahu membuang masa kita teruskan bicara pada 30 Mac. Saya tiada bantahan terhadap permohonan untuk melapangkan kes hari ini,” katanya.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, Majistret Nadia Othman kemudian menetapkan 30 Mac ini bagi pihak-pihak memaklumkan status rundingan penyelesaian kes berkenaan.

Sementara itu, Akberdin ketika ditemui selepas prosiding kes berkata, rundingan penyelesaian kes itu termasuk tuntutan harta sepencarian dan mutaah pasangan itu di Mahkamah Syariah.

“Kalau ada penyelesaian, kita selesai semua kes termasuk di Mahkamah Syariah. Ia bergantung kepada terma dan persetujuan kedua-dua pihak. Kita sentiasa terbuka untuk berbincang kerana kes ini sudah berjalan terlalu lama, kita mahu tamatkannya,” kata peguam itu.

Pada Februari lalu, Emilia dalam keterangannya memberitahu sejak menjadi ibu tunggal, dia terpaksa banyak membuat kerja-kerja sambilan antaranya menjual makanan bagi menampung kehidupan.

Antara makanan yang dijual dari rumah ialah roti jala kuah kari, pulut kuning, rendang daging dan kerepek bayam.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending