Terkini
Mahkamah Rayuan Paris kekal penangguhan Final Award dituntut Kumpulan Sulu
Mahkamah Rayuan Paris menolak tuntutan Kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan ‘Final Award’ seperti yang dimohon Malaysia bagi mengenepikan perkara itu, semalam.
- Mahkamah Rayuan Paris menolak tuntutan Kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan ‘Final Award’ seperti yang dimohon Malaysia bagi mengenepikan perkara itu, semalam.
- Dalam penghakimannya itu, Mahkamah Rayuan Paris menyatakan tuntutan difailkan Kumpulan Sulu sebagai pihak yang menuntut itu tidak boleh diterima.
- Oleh itu, keputusan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 untuk menangguhkan penguatkuasaan Final Award itu kekal.
- Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Khas bagi Menangani Isu Tuntutan Warga Filipina yang mengaku sebagai Waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Paris menolak tuntutan Kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan ‘Final Award’ seperti yang dimohon Malaysia bagi mengenepikan perkara itu, semalam.
Dalam penghakimannya itu, Mahkamah Rayuan Paris menyatakan tuntutan yang difailkan Kumpulan Sulu sebagai pihak yang menuntut itu tidak boleh diterima.
Oleh itu, keputusan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 untuk menangguhkan penguatkuasaan Final Award itu kekal.
Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Khas bagi Menangani Isu Tuntutan Warga Filipina yang mengaku sebagai Waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.
Sekretariat itu berkata, Malaysia memohon menangguhkan penguatkuasaan ‘Final Award’ itu pada 15 April 2022 lalu yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa pada Februari 2022 di Paris.
Pada 12 Julai 2022, hakim pra-perbicaraan Mahkamah Rayuan Paris memerintahkan penangguhan penguatkuasaan tanpa syarat di Perancis sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan Paris, atas alasan ia berkemungkinan menjejaskan kedaulatan wilayah Malaysia.
Pada 27 Julai 2022, Kumpulan Sulu memfailkan tuntutan mencabar perintah itu, yang mana perbicaraan mengenainya diadakan pada 16 Januari lalu.
Malaysia menegaskan perintah penangguhan diberikan pada 12 Julai 2022 itu satu keputusan yang luar biasa berfungsi mengukuhkan kedudukan Malaysia bahawa timbang tara komersial yang dikemukakan Kumpulan Sulu itu tidak mempunyai asas yang sah dan menjejaskan kedaulatan wilayah Malaysia.
“Malaysia akan terus mempertahankan diri melalui saluran perundangan bagi mengatasi semua bentuk tuntutan undang-undang yang dikemuka mana-mana kumpulan penentang,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times