Connect with us

Terkini

Sekolah vernakular: NGO failkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan

Dua badan bukan kerajaan (NGO) memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan, berkenaan keabsahan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).

Hidayah Sani

Published

on

Sekolah vernakular: NGO failkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Permohonan itu difailkan peguam yang mewakili Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 November lalu menolak rayuan mereka bagi mencabar keabsahan kewujudan SJKC dan SJKT di Malaysia.
  • Peguamcara bagi MAPPIM dan GAPENA, Tetuan Amelda Fuad Abi dan Aidil berkata permohonan difailkan ke Mahkamah Persekutuan adalah pada 19 Disember lalu.
  • Beliau berkata pihaknya juga diarahkan untuk menegaskan kedua-dua MAPPIM dan GAPENA menyokong segala usaha peningkatan penguasaan bahasa ketiga, sama ada bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Kadazan, atau mana-mana bahasa lain di dunia termasuk Jepun, Korea, dan lain-lain melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa itu sebagai satu mata pelajaran.
  • “(MAPPIM dan GAPENA) tetapi mempertikaikan mana-mana bahasa asing tersebut daripada dijadikan bahasa pengantar utama di mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam, kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi. 
  • “Justeru, pemfailan Notis Usul ini hendaklah dilihat dari sudut isu keperlembagaan dan perundangan, serta tidak disensasikan sebagai isu perkauman,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Dua badan bukan kerajaan (NGO) memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan keabsahan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).

Permohonan itu difailkan peguam yang mewakili Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 November lalu menolak rayuan mereka bagi mencabar keabsahan kewujudan SJKC dan SJKT di Malaysia.

Ini kerana menurut Mahkamah Rayuan, SJKC dan SJKT di Malaysia bukan suatu “pihak berkuasa awam”, ia tidak tertakluk kepada kewajipan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar bagi urusannya.

Peguamcara bagi MAPPIM dan GAPENA, Tetuan Amelda Fuad Abi dan Aidil berkata permohonan yang difailkan ke Mahkamah Persekutuan adalah pada 19 Disember lalu.

“Seksyen 96 dan 97 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menetapkan bahawa sebelum merayu ke Mahkamah Persekutuan, permohonan untuk kebenaran merayu (leave to appeal) perlu diperolehi terlebih dahulu. 

“Justeru itu, MAPPIM dan GAPENA memfailkan Notis Usul memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan, atas isu-isu pokok perlembagaan dan perundangan berkenaan kedudukan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Malaysia, di sisi Fasal 152 (1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, Notis Usul itu menamakan Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua serta 10 responden lain, termasuk Jiao Zong dan Dong Zong sebagai responden keenam dan ketujuh, serta MIC dan MCA sebagai responden keempat dan kelima.

Beliau berkata pihaknya juga diarahkan untuk menegaskan kedua-dua MAPPIM dan GAPENA menyokong segala usaha peningkatan penguasaan bahasa ketiga, sama ada bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Kadazan, atau mana-mana bahasa lain di dunia termasuk Jepun, Korea, dan lain-lain melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa itu sebagai satu mata pelajaran.

“(MAPPIM dan GAPENA) tetapi mempertikaikan mana-mana bahasa asing tersebut daripada dijadikan bahasa pengantar utama di mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam, kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi. 

“Justeru, pemfailan Notis Usul ini hendaklah dilihat dari sudut isu keperlembagaan dan perundangan, serta tidak disensasikan sebagai isu perkauman,” katanya. —- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending