Connect with us

Terkini

Kerajaan, syarikat penerbangan bincang inisiatif tiket murah untuk pelajar

Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih murah termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan, syarikat penerbangan bincang inisiatif tiket murah untuk pelajar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih murah termasuk ke Sabah dan Sarawak.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Malaysia Airlines Berhad (MAB) ketika ini menyediakan program MHexplorer yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus daripada harga tambang penerbangan.
  • Beliau berkata, pelajar terlibat antara lain layak menikmati manfaat seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg) dan potongan harga kepada keluarga dan rakan-rakan pelajar.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif kepada pelajar menikmati tambang kapal terbang lebih murah termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Malaysia Airlines Berhad (MAB) ketika ini menyediakan program MHexplorer yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus daripada harga tambang penerbangan.

Beliau berkata, pelajar yang terlibat antara lain layak menikmati manfaat seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg) dan potongan harga kepada keluarga dan rakan-rakan pelajar.

“Memang kita tahu banyak syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi dan selepas ini saya juga akan berjumpa dengan pihak MyAirline. 

“Sementara itu, untuk inisiatif penerbangan-penerbangan lain, kita (kerajaan) cuba bincang dengan syarikat penerbangan yang lain,” katanya pada pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanya jika kementerian akan memperkenal pakej penerbangan pada harga berpatutan kepada pelajar Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah tambang penerbangan semasa cuti semester.

Beliau juga meminta penjelasan sama ada kementerian akan mempertimbang membuka laluan baharu dari Pulau Pinang atau Johor ke Sandakan bagi mengurangkan kos transit yang didakwa mencecah RM1,400 sehala.

Kata Anthony, cadangan pembukaan laluan baharu akan dikemuka kepada syarikat penerbangan yang belum menawarkan laluan tersebut terutamanya antara Pulang Pinang ke Sabah dan Sarawak.

“Mungkin Kota Kinabalu ada, tetapi Sandakan kurang. Saya tahu laluan Kuala Lumpur-Sandakan itu dari segi perkhidmatan agak kurang. Kerajaan cuba tambah kapasiti untuk syarikat penerbangan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang dalam proses menambah baik Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) dan proses itu dijangka dapat diselesaikan pada suku kedua tahun ini.

“Syarikat penerbangan yang membatalkan penerbangan atas faktor di bawah kawalan syarikat penerbangan seperti teknikal atau kapasiti penumpang yang tidak menyebabkan penerbangan tersebut dilewatkan atau dibatalkan tertakluk untuk menawarkan pembayaran ganti dalam masa 30 hari atau perubahan laluan seperti mana yang diperuntukan di dalam MACPC.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan Kod Perlindungan Pengguna, Mavcom kini dalam proses penambahbaikan MACPC.

“Berdasarkan maklum balas pengguna dan juga pengajaran-pengajaran penting yang berlaku semasa pendemik Covid-19, penambahbaikan termasuk peningkatan perlindungan pengguna dalam kes-kes yang tidak pernah berlaku dalam pandemik ini,” katanya. 

Anthony berkata, Mavcom telah mengenakan penalti sebanyak RM4.72 juta atas kegagalan syarikat penerbangan dalam mematuhi pelbagai kesalahan di bawah MACPC, sejak 2018 hingga Januari 2023. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending