Terkini
Kelantan, Terengganu, Kedah catat permohonan paling rendah untuk sertai IPR – Rafizi
Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah mencatatkan jumlah permohonan yang paling rendah untuk menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan pada minggu lepas.
- Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah catat jumlah permohonan paling rendah menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan pada minggu lepas.
- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan peruntuk sebanyak RM750 juta untuk melaksanakan IPR yang memberi tumpuan kepada mengupayakan golongan B40 dan miskin tegar di seluruh negara untuk meningkatkan potensi pendapatan setiap isi rumah.
- “Sudah tiba masanya kepimpinan kerajaan negeri yang dikawal oleh Perikatan Nasional memastikan perancangan ekonomi di peringkat negeri juga sama baik.
- “Saya syorkan adalah lebih baik bekerjasama menyambut usaha kerajaan Persekutuan kerana peruntukan telah diberikan dan program telah disediakan,” katanya menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PAS-Permatang Pauh) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah mencatatkan jumlah permohonan yang paling rendah untuk menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan pada minggu lepas.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM750 juta di bawah Belanjawan 2023 untuk melaksanakan IPR yang memberi tumpuan kepada mengupayakan golongan B40 dan miskin tegar di seluruh negara untuk meningkatkan potensi pendapatan setiap isi rumah.
“Sudah tiba masanya kepimpinan kerajaan negeri yang dikawal oleh Perikatan Nasional (PN) memastikan perancangan ekonomi di peringkat negeri juga sama baik.
“Saya syorkan adalah lebih baik bekerjasama menyambut usaha kerajaan Persekutuan kerana peruntukan telah diberikan dan program telah disediakan,” katanya menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PAS-Permatang Pauh) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi berkata kerajaan telah memperuntukkan 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan di bawah Belanjawan 2023 kepada lima negeri termiskin iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak, Kedah dan Terengganu.
Sementara itu, beliau berkata Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES dan BA) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2022 dijangka diterbitkan pada pertengahan 2023.
HIES dan BA dijalankan dua kali setiap lima tahun dan data ini digunakan untuk pelaporan sosioekonomi dan input kepada penggubalan dasar kerajaan, katanya.
Sumber: BERNAMA
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel