Connect with us

Terkini

Isu scammer dan keselamatan awam, KKD akan panggil Telegram

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penyedia perkhidmatan Telegram dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan aplikasi itu terutama berkaitan keselamatan pengguna. 

Wartawan TMT

Published

on

Isu scammer dan keselamatan awam, KKD akan panggil Telegram
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil (kiri).
  • Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata Telegram merupakan medium komunikasi diguna ramai, termasuk Majlis Keselamatan Negara, bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai, namun kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan keselamatan awam. 
  • “Telegram ini memang kita lihat agak bermasalah, macam-macam maklumat ada dimasukkan di situ dan aktiviti penipu juga banyak tetapi pada masa yang sama, kita tahu ia adalah satu saluran untuk sampaikan maklumat kepada khalayak awam contohnya oleh MKN,”  katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian di sini malam tadi.

SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penyedia perkhidmatan Telegram dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan aplikasi itu terutama berkaitan keselamatan pengguna. 

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata walaupun Telegram merupakan medium komunikasi yang digunakan ramai, termasuk Majlis Keselamatan Negara, bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai namun kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan keselamatan awam. 

“Telegram ini memang kita lihat agak bermasalah, macam-macam maklumat ada dimasukkan di situ dan aktiviti penipu juga banyak tetapi pada masa yang sama, kita tahu ia adalah satu saluran untuk sampaikan maklumat kepada khalayak awam contohnya oleh MKN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian di sini malam ini.

Beliau berkata justeru, perkara itu perlu diteliti dan pihaknya akan memanggil pihak Telegram bagi berbincang untuk membantu usaha pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang sedia ada. 

“Ia bukan hanya terhadap penipu tetapi juga sekiranya ada sebarang bahan lucah dan ekstremisme di Telegram contohnya, perkara ini perlu dibendung dan akan dibendung pada kadar segera,” katanya. 

Fahmi berkata beliau melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius serta perlu ditangani segera dan berharap Telegram dapat memberi kerjasama kepada KKD seperti penyedia perkhidmatan lain sebelum ini.

“Saya percaya para pegawai kementerian telah menghubungi mereka dan saya sedang menunggu maklum balas tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata isu penipuan adalah sesuatu yang merisaukan apatah lagi kes kecurian identiti membabitkan platform itu yang turut melibatkan mangsa termasuk beberapa bekas menteri dan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Kalau mantan Perdana Menteri pun pernah jadi mangsa kepada penipu melalui Telegram apatah lagi rakyat biasa, jadi saya lihat isu ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera dan saya akan usahakan,” katanya. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending