Antarabangsa
Telegram akan serah data pengguna kepada pihak berkuasa
Aplikasi pemesejan Telegram akan menyerahkan alamat IP (Protokol Internet) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang mempunyai waran geledah atau permintaan undang-undang yang sah, lapor BBC.
- Aplikasi pemesejan Telegram akan menyerahkan alamat IP (Protokol Internet) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang mempunyai waran geledah atau permintaan undang-undang yang sah, lapor BBC.
- Perubahan pada terma perkhidmatan dan dasar privasinya “sepatutnya menghalang penjenayah,” kata CEO Telegram, Pavel Durov dalam kenyataan di Telegram pada Isnin.
- “Walaupun 99.999% pengguna Telegram tiada kaitan dengan jenayah, 0.001% yang terlibat dalam aktiviti haram mencemarkan imej keseluruhan platform, meletakkan kepentingan hampir satu bilion pengguna kami dalam risiko,” katanya.
- Pengumuman itu menandakan perubahan besar dilakukan Durov, pengasas bersama platform itu yang berasal dari Russia, yang ditahan pihak berkuasa Perancis bulan lalu di sebuah lapangan terbang di utara Paris.
- Selepas penahanan Durov, ramai pihak mula mempersoalkan sama ada Telegram tempat yang selamat untuk golongan pembangkang politik, menurut Penyelidik Kanan di Citizen Lab, Universiti Toronto, John Scott-Railton.
- “Ramai kini meneliti pengumuman Telegram dengan persoalan umum: adakah ini bermakna platform itu akan mula bekerjasama dengan pihak berkuasa rejim yang menindas?” kata Scott-Railton.
Aplikasi pemesejan Telegram akan menyerahkan alamat IP (Protokol Internet) dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang mempunyai waran geledah atau permintaan undang-undang yang sah, lapor BBC.
Perubahan pada terma perkhidmatan dan dasar privasinya “sepatutnya menghalang penjenayah,” kata CEO Telegram, Pavel Durov dalam kenyataan di Telegram pada Isnin.
“Walaupun 99.999% pengguna Telegram tiada kaitan dengan jenayah, 0.001% yang terlibat dalam aktiviti haram mencemarkan imej keseluruhan platform, meletakkan kepentingan hampir satu bilion pengguna kami dalam risiko,” katanya.
Pengumuman itu menandakan perubahan besar dilakukan Durov, pengasas bersama platform itu yang berasal dari Russia, yang ditahan pihak berkuasa Perancis bulan lalu di sebuah lapangan terbang di utara Paris.
Beberapa hari kemudian, pendakwa raya negara itu mendakwa beliau kerana membenarkan aktiviti jenayah berlaku di platform itu.
Tuduhan terhadapnya termasuk bersubahat dalam penyebaran imej penderaan kanak-kanak dan penyeludupan dadah, selain didakwa gagal mematuhi pihak penguatkuasaan undang-undang.
Penahanan CEO berusia 39 tahun itu mencetuskan perdebatan mengenai masa depan perlindungan kebebasan bersuara di internet.
Selepas penahanan Durov, ramai pihak mula mempersoalkan sama ada Telegram tempat yang selamat untuk golongan pembangkang politik, menurut Penyelidik Kanan di Citizen Lab, Universiti Toronto, John Scott-Railton.
“Pemasaran Telegram sebagai platform yang menentang tuntutan kerajaan menarik minat ramai yang ingin merasa selamat berkongsi pandangan politik mereka di tempat-tempat seperti Russia, Belarus dan Timur Tengah.
“Ramai kini meneliti pengumuman Telegram dengan persoalan umum: adakah ini bermakna platform itu akan mula bekerjasama dengan pihak berkuasa rejim yang menindas?” kata Scott-Railton.
Menurutnya, Telegram tidak menjelaskan bagaimana syarikat itu akan menangani tuntutan daripada pimpinan rejim sedemikian pada masa hadapan. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord