Antarabangsa
Pendapatan Telegram melebihi $1B pada 2024
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2024/12/Pendapatan-Telegram-melebihi-1B-pada-2024-01.jpg)
- Pendapatan aplikasi pemesejan Telegram melepasi $1 bilion pada 2024, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) firma itu pada Isnin.
- “Kami menutup tahun ini dengan lebih daripada $500 juta dalam rizab tunai, tidak termasuk aset crypto,” kata Pavel Durov di Telegram dipetik agensi berita Anadolu.
- “Seperti yang saya ramalkan, 2024 ternyata tahun yang sangat baik untuk Telegram,” kata Durov.
- Durov berkata buat kali pertama dalam sejarah “monetization” selama tiga tahun, Telegram menjadi menguntungkan.
Pendapatan aplikasi pemesejan Telegram melepasi $1 bilion pada 2024, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) firma itu pada Isnin.
“Kami menutup tahun ini dengan lebih daripada $500 juta dalam rizab tunai, tidak termasuk aset crypto,” kata Pavel Durov di Telegram dipetik agensi berita Anadolu.
“Seperti yang saya ramalkan, 2024 ternyata tahun yang sangat baik untuk Telegram,” kata Durov.
Durov berkata buat kali pertama dalam sejarah “monetization” selama tiga tahun, Telegram menjadi menguntungkan.
Bilangan pelanggan premium Telegram telah meningkat tiga kali ganda, melebihi 12 juta, pada 2024, kata Durov.
“Sejak empat tahun lalu, Telegram telah mengeluarkan kira-kira $2 bilion hutang,” kata Durov.
Durov berkata Telegram telah membayar sebahagian yang bermakna daripada hutang itu pada musim gugur ini, mengambil kesempatan daripada harga menggalakkan untuk bon Telegram.
“Tetapi ada banyak kerja di hadapan,” kata Durov. – The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)