Connect with us

Terkini

HAJI 2023 : Tabung Haji subsidi lebih RM400 juta kos haji

Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

HAJI 2023 : Tabung Haji subsidi lebih RM400 juta kos haji
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.
  • Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.
  • “Bagi kumpulan B40, bayaran haji selepas ditolak bantuan kewangan haji sebanyak 61 peratus ialah RM10,980.”
  • “Untuk M40 pula, bantuan kewangan yang diberikan 48 peratus. Jadi, mereka hanya perlu bayar RM15,980.”
  • “Bagi kumpulan T20, perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850,” katanya dalam sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 2023 di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu.

TH menyediakan lebih RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bayaran haji jemaah muassasah kumpulan B40 kekal seperti kadar tahun lalu, iaitu RM10,980.

Ini susulan kerajaan bersetuju menanggung kenaikan kadar bayaran berjumlah RM1,000 bagi kategori itu untuk musim haji 1444H/2023M.

Berbanding tahun lalu, katanya, bayaran haji bersasar membabitkan dua kategori sahaja, iaitu B40 dan bukan B40. Namun tahun ini berbeza. Ia dipecahkan kepada tiga kelompok iaitu B40, M40 dan T20.

“Bagi kumpulan B40, bayaran haji selepas ditolak bantuan kewangan haji sebanyak 61 peratus ialah RM10,980.

“Untuk M40 pula, bantuan kewangan yang diberikan 48 peratus. Jadi, mereka hanya perlu bayar RM15,980.

“Bagi kumpulan T20, perlu membayar keseluruhan kos, iaitu RM30,850,” katanya dalam sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 2023 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin dan Pengurus Besar Pengurusan Haji, Nurrin Anuwar Shamsuddin.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *