Connect with us

Agama

Karnival Haji/Umrah bantu pengunjung kenali penipu, mantapkan perkhidmatan haji di Malaysia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali Ke-3 (KHUP3)  yang bakal berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang pada 3 hingga 5 Januari depan yang menumpukan kepada mempertingkatkan perkhidmatan dan pengalaman jemaah, akan turut mendidik orang ramai untuk berwaspada terhadap penipuan pakej haji dan umrah yang semakin berleluasa.
  • Karnival dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA berslogankan (tagline), ‘Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji’ itu akan menyediakan saluran aduan dan sesi kesedaran bagi membantu masyarakat mengenali ciri-ciri penipuan dan membuat pilihan tepat.
  • Acara itu juga bukan sahaja menjadi medan pertemuan 37 Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen dan diiktiraf LTH, tetapi turut membuka peluang untuk masyarakat memahami betapa pentingnya memilih perkhidmatan daripada penyedia sah dan berlesen di mana hanya 37 PJH berlesen berkenaan diberi mandat untuk menawarkan perkhidmatan haji yang sah di Malaysia.
  • Setiap PJH itu juga turut dipantau bagi memastikan jemaah menerima pengalaman ibadah yang lancar, dari tanah air sehingga pulang ke Malaysia, selain jemaah dapat mengelakkan risiko berkaitan penipuan atau ketidakpatuhan syariah dalam pengurusan ibadah mereka apabila memilih berurusan dengan PJH yang sah.

KUALA LUMPUR — Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali Ke-3 (KHUP3)  yang bakal berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang pada 3 hingga 5 Januari depan yang menumpukan kepada mempertingkatkan perkhidmatan dan pengalaman jemaah, akan turut mendidik orang ramai untuk berwaspada terhadap penipuan pakej haji dan umrah yang semakin berleluasa.

Karnival dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA berslogankan (tagline), ‘Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji’ itu akan menyediakan saluran aduan dan sesi kesedaran bagi membantu masyarakat mengenali ciri-ciri penipuan dan membuat pilihan tepat.

Acara itu juga bukan sahaja menjadi medan pertemuan 37 Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen dan diiktiraf LTH, tetapi turut membuka peluang untuk masyarakat memahami betapa pentingnya memilih perkhidmatan daripada penyedia sah dan berlesen di mana hanya 37 PJH berlesen berkenaan diberi mandat untuk menawarkan perkhidmatan haji yang sah di Malaysia.

Ia bagi memastikan kesahihan perjalanan haji iaitu PJH tersebut tertakluk kepada garis panduan ketat yang ditetapkan LTH, termasuk aspek pengurusan logistik, bimbingan ibadah, dan perkhidmatan sokongan kepada jemaah.

Foto: 37 PJH yang dilesenkan oleh TH akan menemui anda di KHUP3.

Setiap PJH itu turut dipantau bagi memastikan jemaah menerima pengalaman ibadah yang lancar, dari tanah air sehingga pulang ke Malaysia, selain jemaah dapat mengelakkan risiko berkaitan penipuan atau ketidakpatuhan syariah dalam pengurusan ibadah mereka apabila memilih berurusan dengan PJH yang sah.

Selain memaparkan maklumat lengkap tentang PJH berlesen, karnival itu juga akan menampilkan pelbagai promosi istimewa dan pakej haji yang dirangka khas untuk memenuhi keperluan masyarakat pelbagai latar belakang.

Antara manfaat utama bakal dinikmati pengunjung KHUP3 adalah mendapat bimbingan secara langsung iaitu forum dan ceramah oleh pakar dalam bidang haji dan umrah yang akan membantu pengunjung memahami proses pendaftaran, hak jemaah dan cara membuat pilihan bijak.

Menerusi pameran interaktif di KHUP3, pengunjung dapat berinteraksi dengan agensi berlesen dan memperoleh maklumat terkini tentang inisiatif LTH selain haji dan umrah, agensi juga menawarkan pakej pelancongan ke destinasi Islamik seperti Turkiye, Uzbekistan dan Timur Tengah, membolehkan pengunjung menjelajah sejarah peradaban Islam.

KHUP3 adalah satu langkah signifikan dalam memartabatkan industri haji dan umrah di Malaysia serta dengan sokongan LTH dan 37 PJH yang komited, acara itu bukan sahaja memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap penyedia perkhidmatan berlesen tetapi juga menjadi landasan untuk mempereratkan hubungan antara masyarakat dan institusi-institusi penting dalam industri ini.

Bagi mereka yang bercita-cita menunaikan ibadah di Tanah Suci, KHUP3 adalah acara yang tidak wajar dilepaskan kerana ia bukan sekadar karnival, tetapi ia adalah usaha kolektif untuk memastikan setiap langkah menuju Baitullah dipenuhi dengan keberkatan dan ketenangan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *