Agama
37 agensi Pengelola Jemaah Haji berhimpun di Karnival Haji/Umrah anjuran LTH-BUMITRA MALAYSIA
- 37 agensi Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bakal berhimpun di Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali ke 3 Pengelola Jemaah Haji Musim Haji 1446H/2025M yang bakal berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang pada 3 hingga 5 Januari depan.
- PJH yang menerima lesen kelayakan daripada TH akan menawarkan pelbagai pakej haji swasta buat bakal jemaah di karnival berkenaan yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA berslogankan (tagline), ‘Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji’.
- TH-BUMITRA MALAYSIA turut bekerjasama dengan RHB Islamic Bank sebagai rakan strategi yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada agensi PJH yang menyertai karnival itu dan bakal jemaah haji yang akan berada di Mekah nanti.
KUALA LUMPUR — 37 agensi Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bakal berhimpun di Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali ke 3 Pengelola Jemaah Haji Musim Haji 1446H/2025M yang bakal berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang pada 3 hingga 5 Januari depan.
PJH yang menerima lesen kelayakan daripada TH akan menawarkan pelbagai pakej haji swasta buat bakal jemaah di karnival berkenaan yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA berslogankan (tagline), ‘Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji’.
TH-BUMITRA MALAYSIA turut bekerjasama dengan RHB Islamic Bank sebagai rakan strategi yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada agensi PJH yang menyertai karnival itu dan bakal jemaah haji yang akan berada di Mekah nanti.
Tiga kelompok yang sesuai untuk mengunjungi karnival ini adalah jemaah haji yang telah mendapat panggilan awal daripada TH dan berhasrat menaiktaraf kepada pakej haji swasta dan mereka yang berniat mengerjakan ibadah haji pada tahun depan tetapi belum mendapat panggilan dan ingin mencuba membuat rayuan menerusi PJH yang ada di karnival berkenaan.
Buat mereka yang ingin survey atau meninjau harga atau perkhidmatan ditawarkan juga boleh mengunjungi karnival ini supaya anda dapat maklumat berapakah anggaran pakej-pakej haji swasta ditawarkan pada tahun sebelum ini.
Menerusi karnival ini juga pengunjung akan didedahkan tentang manfaat yang akan dinikmati jemaah haji yang memilih pakej haji swasta PJH ini iaitu antara lain perkhidmatan mutawif 24 jam disediakan, kelas intensif haji, pengajian umum sebagai persediaan Jemaah Haji menunaikan haji dan beberapa manfaat lain yang ditawarkan agensi PJH masing-masing.
Selain itu, pengunjung juga akan mendapat input tentang kelebihan perkhidmatan pakej haji swasta yang menaiktaraf pakej haji Muassasah daripada segi hotel, jarak hotel yang lagi dekat, sajian makanan tiga kali sehari, bimbingan mutawif dalam kumpulan yang kecil, Masya’ir haji pun dapat khemah ataupun hotel yang dekat dan nisbah petugas haji dan jemaah yang lebih ramai.
Buat mereka atau bakal jemaah yang mempunyai rezeki lebih dan ingin ‘upgrade’ pakej haji Muassasah kepada pakej haji swasta PJH adalah digalakkan untuk membuat bacaan terlebih dahulu untuk mengenalpasti agensi PJH mana yang menambat hati anda supaya bila anda ke karnival nanti pilihan terbaik dapat anda lakukan. — The Merdeka Times