Connect with us

Terkini

GEG beri kesan buruk kepada ekonomi negara – Badan Pemikir

Sebuah badan pemikir tempatan percaya bahawa Dasar Penamat Generasi atau Generational Endgame (GEG) akan memberi kesan yang lebih luas kepada ekonomi, mengakibatkan kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan dan menghalang pelaburan masa hadapan.

Wartawan TMT

Published

on

GEG beri kesan buruk kepada ekonomi negara - Badan Pemikir
Foto: Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Centre (DARE), Pankaj Kumar.
  • Sebuah badan pemikir tempatan percaya GEG akan beri kesan lebih luas kepada ekonomi, mengakibatkan kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan dan halang pelaburan masa hadapan.
  • Dasar larangan ketat sedemikian akan beri impak negatif yang lebih besar ke atas keseluruhan ekosistem ekonomi. – Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Centre (DARE), Pankaj Kumar
  • “Perniagaan, sama ada pengilang, pengimport, pengedar atau peruncit, akan terjejas dalam jangka masa panjang. Banyak perniagaan sah akan ditutup secara beransur-ansur akan meningkatkan kadar pengangguran. Pelabur antarabangsa dan domestik akan terjejas kerana Malaysia akan dilihat sebagai negara yang menyekat pelaburan kerana langkah ini menetapkan ‘precedent’ yang berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Sebuah badan pemikir tempatan percaya bahawa Dasar Penamat Generasi atau Generational Endgame (GEG) akan memberi kesan yang lebih luas kepada ekonomi, mengakibatkan kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan dan menghalang pelaburan masa hadapan.

Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Centre (DARE), Pankaj Kumar berkata impak daripada GEG melangkaui sekadar kesihatan.

Katanya, dasar larangan ketat sedemikian akan memberi impak negatif yang lebih besar ke atas keseluruhan ekosistem ekonomi.

“Perniagaan, sama ada pengilang, pengimport, pengedar atau peruncit, akan terjejas dalam jangka masa panjang. Banyak perniagaan sah akan ditutup secara beransur-ansur, yang akan meningkatkan kadar pengangguran. Pelabur antarabangsa dan domestik akan terjejas kerana Malaysia akan dilihat sebagai negara yang menyekat pelaburan kerana langkah ini menetapkan ‘precedent’ yang berbahaya.”

“Selain itu, terdapat juga lebih banyak kerumitan dalam sektor runcit dan mewujudkan kos pematuhan yang tidak perlu. Penguatkuasaan akan menjadi sangat mencabar dan produk yang menyalahi undang-undang akan berkembang, menjadikan pengenalan dasar GEG tidak mencapai matlamatnya. Ini juga akan menyebabkan hasil yang lebih rendah dan menyebabkan ketirisan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pankaj juga menambah bahawa industri vape bernilai RM2.49 bilion yang melibatkan beribu-ribu PKS dan usahawan tempatan dengan lebih 30,000 pekerja langsung dan tidak langsung juga akan terjejas oleh langkah GEG.

“Industri vape tempatan telah berkembang dari 2019 hingga 2022 seiring dengan trend global di mana semakin ramai perokok beralih kepada produk vape. Industri vape telah pun mempunyai ekosistem yang mantap dengan pelbagai pemain industri dan beribu-ribu pekerja. Ini adalah fakta yang tidak boleh dielakkan atau dinafikan. Pengenalan GEG untuk industri vape akan memberi impak besar kepada perniagaan tempatan dan pekerja Malaysia.

“Ada banyak lagi yang dipertaruhkan di sini. Dengan iklim ekonomi semasa dan paras hutang Malaysia menghampiri RM1.5 trillion, Kerajaan mesti memberi tumpuan untuk meningkatkan permainannya dalam meningkatkan hasil dan menarik pelaburan, dan bukannya melaksanakan dasar seperti GEG.

“Kerajaan juga perlu bertindak cepat untuk mengawal selia dan mengenakan cukai kepada industri vape dengan meminda undang-undang semasa, bukannya membentangkan rang undang-undang baharu yang akan mengambil masa untuk melalui proses perundangannya. Ini akan membolehkan Kerajaan melaksanakan kawalan segera ke atas industri yang tidak terkawal dan tidak dikenakan cukai,” kata Pankaj.

DARE adalah sebuah badan pemikir atau Institut Dasar berpangkalan di Malaysia yang komited untuk melaksanakan penyelidikan dan advokasi untuk sektor-sektor utama yang kritikal kepada ekonomi Malaysia.

Ditubuhkan pada 2021, DARE berusaha untuk melaksanakan penyelidikan, analisis dan cadangan dasar yang bebas, berani, berkesan dan boleh diambil tindakan.

Pasukannya terdiri daripada pakar dari pelbagai latar belakang, semuanya dengan tujuan yang sama untuk menyokong penambahbaikan dasar awam bagi pembangunan negara yang mapan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending