Antarabangsa
Ekstremis Yahudi gesa pengikut bawa haiwan ke Masjid Al-Aqsa
Kumpulan ekstremis Temple Mount (Al-Haram Al-Sharif) membuat pengumuman kepada peneroka haram Israel untuk membawa haiwan korban ke Masjid Al-Aqsa bagi tujuan penyembelihan pada cuti Paskah minggu hadapan.
- Kumpulan ekstremis Temple Mount (Al-Haram Al-Sharif) membuat pengumuman kepada peneroka haram Israel untuk membawa haiwan korban ke Masjid Al-Aqsa bagi tujuan penyembelihan pada cuti Paskah minggu hadapan.
- Kumpulan tersebut meminta pengikutnya berkumpul di pintu masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa pada malam raya Yahudi yang bermula pada 5 April.
- Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Al Kiswani berkata, pengumuman dari kumpulan ekstremis itu dianggap sangat berbahaya memandangkan masjid tersebut adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam.
TEBING BARAT, 9 Ramadan 1444H, Jumaat – Kumpulan ekstremis Temple Mount (Al-Haram Al-Sharif) membuat pengumuman kepada peneroka haram Israel untuk membawa haiwan korban ke Masjid Al-Aqsa bagi tujuan penyembelihan pada cuti Paskah minggu hadapan.
Kumpulan tersebut meminta pengikutnya berkumpul di pintu masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa pada malam raya Yahudi yang bermula pada 5 April.
Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Al Kiswani berkata, pengumuman dari kumpulan ekstremis itu dianggap sangat berbahaya memandangkan masjid tersebut adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam.
“Pihak berkuasa Al-Aqsa akan menghalang peneroka haram daripada meneruskan rancangan mereka, dan kami tidak akan membenarkan mana-mana peneroka memasuki kawasan itu dengan haiwan hidup.
“Pencerobohan sebegini kerap berlaku meskipun penganut Yahudi yang taat tidak sepatutnya memasuki ruang suci secara sengaja ketika dalam keadaan hadas,” katanya.
Sementara itu, puluhan peneroka Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada awal pagi Rabu di bawah perlindungan polis yang ketat.
Sumber: Ismaweb