Connect with us

Terkini

Cabar di mahkamah jika tak puas hati keputusan menteri – Saifuddin Nasution

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 mengenai isu pemilihan parti itu, dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan pegawai undang-undang kementerian.

Wartawan TMT

Published

on

Cabar di mahkamah jika tak puas hati keputusan menteri – Saifuddin Nasution
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 mengenai isu pemilihan parti itu, dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan pegawai undang-undang kementerian.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan tindakan menggunakan peruntukan itu bukan keputusan peribadinya, sebaliknya ia telah ambil kira semua proses dijalankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), UMNO serta pandangan pegawai di KDN.
  • “Di kementerian, kita ada pegawai undang-undang dan pegawai berkenaan. Ia bukan soal menteri secara peribadi membuat keputusan.”
  • “Bila kita gunakan Seksyen 70, pengecualian itu terarah kepada pematuhan Seksyen 13 dalam Akta Pertubuhan 1966.”
  • “Kami (KDN) akan diminta menjawabnya dan kemudian mahkamah adalah saluran yang akan menentukannya,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 mengenai isu pemilihan parti itu, dibuat selepas mendapat nasihat dan pandangan pegawai undang-undang kementerian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan tindakan menggunakan peruntukan itu bukan keputusan peribadinya, sebaliknya ia telah mengambil kira semua proses yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), UMNO serta pandangan pegawai di KDN.

Sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau menegaskan ahli UMNO yang membuat aduan kepada RoS boleh mencabar pengecualian berkenaan di mahkamah.

“Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 ini memberi kuasa secara khusus kepada menteri untuk membuat beberapa pengecualian.

“Di kementerian, kita ada pegawai undang-undang dan pegawai berkenaan. Ia bukan soal menteri secara peribadi membuat keputusan.

“Bila kita gunakan Seksyen 70, pengecualian itu terarah kepada pematuhan Seksyen 13 dalam Akta Pertubuhan 1966.

“Pilihan seterusnya, jika pengadu tidak berpuas hati dan mengatakan menteri melampaui batas kuasa, pilihan yang ada adalah dia mesti mengemukakan asas pernyataan dan afidavit mengikut saluran undang-undang.

“Kami (KDN) akan diminta menjawabnya dan kemudian mahkamah adalah saluran yang akan menentukannya,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

Kelmarin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mendedahkan wujud surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai tidak sah.

Menurut surat bertarikh 2 Mac lalu, Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa RoS berpandangan usul tambahan itu tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.

Ia susulan, kenyataan Saifuddin Nasution yang memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Pengecualian itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Susulan penjelasan Saifuddin Nasution di Dewan Rakyat hari ini, Takiyuddin bangun mencelah dan menuntut Setiausaha Agung PKR itu menjelaskan sama ada surat RoS berkenaan adalah tulen atau tidak, serta sama ada pengecualian kepada UMNO itu turut mengikat parti dan pertubuhan lain secara perundangan.

Bagaimanapun, Saifuddin Nasution enggan menjawab secara langsung pertanyaan Takiyuddin, namun menegaskan beliau sudah memikirkan dan mempertimbang secara mendalam sebelum memutuskan untuk menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 70.

Katanya, antara yang dipertimbangkan termasuklah peruntukan dalam Perlembagaan UMNO, khususnya Fasal 9.3, dengan Saifuddin Nasution menegaskan beliau masih menghafalnya berikutan pernah menjadi Setiausaha Pemuda UMNO suatu ketika dahulu.

“Ketika mengguna pakai (Seksyen 70), sudah tentu sebagai menteri, kita ada bahagian berkenaan yang akan berikan input dan pandangan. Pada akhirnya, kita membuat keputusan dan itulah keputusannya.

“Saya sendiri meneliti fasal-fasal (dalam Perlembagaan UMNO) sebelum membuat keputusan sehingga saya betul-betul puas hati, saya buat dan dengan kefahaman yang jelas bahawa keputusan ini ada implikasinya yang boleh mengundang tindakan atau proses seterusnya di mahkamah,” katanya.

BH semalam melaporkan keputusan KDN itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntukkan Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu.

Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO yang dikatakan dipetik dalam surat RoS yang dibacakan Takiyuddin, memperuntukkan semua jawatan tertinggi UMNO, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian setiap tiga tahun.

Pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada RoS berhubung ketetapan PAU 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan itu yang didakwa tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Pasangan pelik miliki imej individu lakukan seks dengan mayat manusia, haiwan dihukum

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53.
  • Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.
  • Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.
  • Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.
  • Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.
  • Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun.

Sepasang suami isteri pelik telah ditangkap dengan timbunan imej individu melakukan hubungan seks dengan mayat manusia dan haiwan, demikian sesi perbicaraan di sebuah mahkamah di Scotland.

Mark Mason, 51, dan isterinya Wendy, 53, mengaku menyimpan simpanan pornografi melampau dan gambar kanak-kanak tidak senonoh di rumah mereka di Lockerbie, Dumfriesshire, Scotland, lapor Daily Mail pada Jumaat.

Pasangan ‘sakit’ itu hadir di Mahkamah Syerif Dumfries di mana mereka mengakui beberapa pertuduhan antara Februari 2021 dan April 2022.

Lelaki terbabit mengaku memiliki pornografi melampau dan imej tidak senonoh kanak-kanak serta cuba bercakap secara tidak senonoh dengan enam kanak-kanak yang sebenarnya adalah individu dewasa yang menyamar untuk menyingkirkan ‘pemangsa’ dalam talian.

Isterinya juga mengaku bersalah memiliki dan berkongsi gambar tidak senonoh kanak-kanak serta pornografi melampau.

Mason dipenjarakan selama 34 bulan dan diletakkan dalam daftar pesalah seks selama-lamanya.

Isterinya antara lain diperintahkan untuk menjalankan 300 jam kerja tanpa gaji, diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun dan berada dalam daftar pesalah seks selama lima tahun, tertakluk kepada perintah pencegahan bahaya seksual lima tahun. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending