Antarabangsa
Transgender lakukan serangan seksual ke atas pelajar sekolah pada Hari Valentine
Seorang pedofil transgender melakukan serangan seks ke atas seorang remaja perempuan ketika menjadi lelaki.

- Seorang pedofil transgender melakukan serangan seks ke atas seorang remaja perempuan ketika menjadi lelaki selepas bertemu mangsa pada Hari Valentine tahun lalu.
- Selepas ditangkap, Ryan Scott, 20, yang dilahirkan sebagai perempuan, mewujudkan akaun media sosial palsu untuk mendera dan mengugut mangsa.
- Ibu mangsa berkata selepas kejadian itu, anaknya berubah menjadi pendiam, malah berperwatakan ganas.
- Suspek mengaku “melibatkan diri dalam aktiviti seksual dengan atau terhadap” gadis berusia 14 tahun itu.
Seorang pedofil transgender melakukan serangan seks ke atas seorang remaja perempuan ketika menjadi lelaki.
Ryan Scott, 20 – yang dilahirkan sebagai perempuan – memikat mangsa yang merupakan pelajar sekolah Tingkatan Dua ketika itu selepas bertemu pada Hari Valentine tahun lalu.
Selepas ditangkap, Scott mewujudkan akaun media sosial palsu untuk mendera dan mengugut mangsa.
Ibu mangsa yang tidak boleh dinamakan atas sebab undang-undang, berkata selepas kejadian itu, anaknya berubah menjadi pendiam, malah berperwatakan ganas.
“..Dan tidak mahu bercakap dengan kami. Kami tahu sesuatu telah berlaku.
“Berminggu-minggu kemudian dia akhirnya memberitahu kami Scott telah memaksa dia melakukan perkara yang dia tidak mahu lakukan.
“Hati kami hancur melihat apa yang telah dilakukan oleh raksasa ini terhadap gadis kecil kami. Ia memusnahkan anak perempuan kami yang cantik,” katanya.
Suspek mengaku “melibatkan diri dalam aktiviti seksual dengan atau terhadap” gadis berusia 14 tahun itu.
Semasa perbicaraan, Pendakwa Raya, Joanne Ritchie memberitahu mahkamah pasangan itu menjalinkan hubungan persahabatan di Snapchat.
Menggambarkan serangan terbabit, suspek berkata: “Dia dan gadis itu bertemu di Galeri McManus di Dundee. Dia dan tertuduh kemudian pergi ke alamat tertuduh dengan menaiki bas.
“Mereka pada mulanya bersendirian dan duduk di ruang tamu menonton wayang. Tidak lama kemudian rakan tertuduh tiba. Tingkah laku tertuduh berubah dan dia mula menunjuk-nunjuk dengan mencium dan menghisap leher gadis itu sehingga menyebabkan kesan lebam,” katanya.
Sumber: Daily Record
