Connect with us

Antarabangsa

Tidak sokong transgender, pelajar di Kanada digantung & ditangkap

Seorang pelajar sekolah menengah Katolik di Kanada digantung dan ditangkap kerana menegakkan kebenaran dengan menyokong binarisme jantina, menurut laporan media.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak sokong transgender, pelajar di Kanada digantung & ditangkap
Foto: Pelajar Kanada, Josh Alexander.
  • Josh Alexander, 16 tahun digantung minggu ini dari Sekolah Tinggi Katolik St. Joseph di Renfrew, Ontario, kerana membantah penggunaan bilik air oleh golongan transgender.
  • “Saya percaya Tuhan hanya cipta dua jantina,” kata Alexander kepada The Epoch Times dalam temu bual.
  • Peguam Alexander, James Kitchen mendakwa, tindakan sekolah itu satu diskriminasi agama, dan membawa perkara itu ke tribunal hak asasi manusia Ontario.  
  • “Jelas sekali, dia sebenarnya tidak membuli mereka kerana istilah itu akan ditakrifkan oleh orang yang munasabah.

OTTAWA, 22 Rejab 1444H, Isnin – Seorang pelajar sekolah menengah Katolik di Kanada digantung dan ditangkap kerana menegakkan kebenaran dengan menyokong binarisme jantina, menurut laporan media.

Josh Alexander yang berusia 16 tahun digantung minggu ini dari Sekolah Tinggi Katolik St. Joseph di Renfrew, Ontario, kerana membantah penggunaan bilik air oleh golongan transgender.

“Saya percaya Tuhan hanya cipta dua jantina,” kata Alexander kepada The Epoch Times dalam temu bual.

Remaja itu menulis dalam laman Twitter bahawa polis Ontario menangkap dan mendakwanya selepas hadir ke kelas kerana melanggar perintah.

Peguam Alexander, James Kitchen mendakwa, tindakan sekolah tersebut sebagai satu diskriminasi agama, dan membawa perkara itu ke tribunal hak asasi manusia Ontario.  

Beliau berkata, pihak sekolah telah menuduh anak guamnya ‘membuli’ pelajar transgender.

“Jelas sekali, dia sebenarnya tidak membuli mereka kerana istilah itu akan ditakrifkan oleh orang yang munasabah.

“Dia tidak memanggil mereka dengan ‘gelaran’ atau mengejek mereka. 

“Tetapi dia hanya menyatakan pandangannya,” katanya.

Junior sekolah menengah itu dilaporkan tidak bersekolah sejak pertama kali digantung pada November. 

Penggantungan Alexander telah ditarik balik pada bulan Januari tetapi ia telah diteruskan serta merta selepas Lembaga Sekolah Daerah Katolik Renfrew County. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending