Connect with us

Antarabangsa

SIS & NGO pro-LGBT antara penerima geran EU bernilai RM20.7 juta

Dana besar-besaran dengan peruntukan €79.5 bilion (RM366 bilion) untuk mempromosi ‘Global Europe’, iaitu agenda pelbagai hala Kesatuan Eropah (EU) di seluruh dunia, mengagihkan sekitar RM20 juta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, lapor MalaysiaNow.

Wartawan TMT

Published

on

SIS & NGO pro-LGBT antara penerima geran EU bernilai RM20.7 juta
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dana besar-besaran dengan peruntukan €79.5 bilion (RM366 bilion) untuk mempromosi ‘Global Europe’, iaitu agenda pelbagai hala Kesatuan Eropah (EU) di seluruh dunia, mengagihkan sekitar RM20 juta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia.
  • Sembilan entiti di Malaysia, termasuk beberapa NGO kurang dikenali dan terbabit dengan kempen “hak jantina dan seksual” didapati antara penerima dan dengan jumlah peruntukan €4.5 juta (RM20.7 juta).
  • Penerima geran itu termasuk Sisters in Islam (SIS) bersama Kryss Network menerima peruntukan €761,442 (RM3.5 juta) meliputi tempoh tiga tahun.
  • Menurut dokumen NDICI, dana diberikan kepada kedua-dua kumpulan itu bertujuan untuk mengukuhkan advokasi kesaksamaan jantina “dalam memperkecilkan ruang sivik dan persekitaran konservatif”.

 

Dana besar-besaran dengan peruntukan €79.5 bilion (RM366 bilion) untuk mempromosi ‘Global Europe’, iaitu agenda pelbagai hala Kesatuan Eropah (EU) di seluruh dunia, mengagihkan sekitar RM20 juta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, lapor MalaysiaNow.

Dilancar dua tahun lalu, The Neighbourhood, Development and International Cooperation Instrument (NDICI), memberikan bantuan kewangan kepada organisasi sivil di luar Eropah dengan matlamat, antara lain, mempromosikan “hak asasi manusia dan demokrasi”. 

Sembilan entiti di Malaysia, termasuk beberapa NGO kurang dikenali dan terbabit dengan kempen “hak jantina dan seksual” didapati antara penerima dengan jumlah peruntukan €4.5 juta (RM20.7 juta).

Penerima geran itu termasuk Sisters in Islam (SIS) bersama Kryss Network menerima peruntukan €761,442 (RM3.5 juta) meliputi tempoh tiga tahun.

SIS adalah badan hak asasi wanita Muslim, manakala Kryss Network menyifatkan pertubuhan mereka sebagai badan yang berkhidmat “untuk wanita, gadis dan individu tidak mengikut jantina”.

Menurut dokumen NDICI, dana diberikan kepada kedua-dua kumpulan itu bertujuan untuk mengukuhkan advokasi kesaksamaan jantina “dalam memperkecilkan ruang sivik dan persekitaran konservatif”.

Kira-kita €750,000 (RM3.45 juta) diperuntukkan kepada dua NGO lain iaitu Seed Foundation dan Asian-Pacific Resource & Research Centre for Women (ARROW) bagi aktiviti memperkuatkan kapasiti menuju pembangunan inklusif.

Seed Foundation merupakan komuniti pertama di Malaysia yang dipimpin golongan trans. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 2014 untuk mengurus isu-isu berkaitan kelompok terpinggir seperti gelandangan, pesakit HIV dan transgender. 

Sebanyak €3 juta (RM13.8 juta) pula diagihkan kepada tiga NGO iaitu Project Society and World Wide Fund for Nature (WWF Malaysia), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Perak State Parks Corp (PSPC) bagi aktiviti-aktiviti alam sekitar.

Kesemua geran bagi tempoh tiga hingga lima tahun itu diagihkan pada Disember 2022 untuk pelbagai aktiviti dan projek NGO berkenaan.

 

SUMBER: Malaysia Now 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending