Connect with us

Antarabangsa

Sepanyol bakal lulus undang-undang seks dengan haiwan

Perbuatan seks dengan binatang mungkin akan dibenarkan tidak lama lagi di Sepanyol, setelah para penggubal undang-undang mereka memuktamadkan deraf bagi sebuah pindaan bagi Kanun Keseksaan pada Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Sepanyol bakal lulus undang-undang seks dengan haiwan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Undang-undang itu adalah sebahagian daripada bil undang-undang Kebajikan Haiwan telah diluluskan oleh parlimen Sepanyol pada awal bulan ini dan kini hanya tunggu kelulusan muktamad oleh Senat.
  • Bil undang-undang tersebut pada awalnya diperkenalkan oleh Menteri Hak Sosial Ione Belarra, ianya telah dipromosikan untuk melindungi kebajikan haiwan sama ada haiwan itu adalah haiwan liar atau haiwan belaan.
  • Pindaan dilakukan itu bertujuan memperkenalkan beberapa perubahan pada Kanun Keseksaan Sepanyol, di mana pada tahun 2015 seks dengan haiwan merupakan penderaan membawa kepada hukuman penjara maksimum selama setahun.
  • Undang-undang baharu itu hanya dapat menghukum pemilik haiwan yang melakukan perbuatan seks dengan haiwan sehingga sekiranya haiwan tersebut tercedera dan memerlukan rawatan veterinar.

SEPANYOL, 21 Februari 2023 – Perbuatan seks dengan binatang mungkin akan dibenarkan tidak lama lagi di Sepanyol, setelah para penggubal undang-undang mereka memuktamadkan deraf bagi sebuah pindaan bagi Kanun Keseksaan pada Isnin lalu.

Undang-undang tersebut adalah sebahagian daripada bil undang-undang Kebajikan Haiwan yang telah diluluskan oleh parlimen Sepanyol pada awal bulan ini dan kini ianya hanya menunggu kelulusan muktamad oleh Senat.

Bil undang-undang tersebut pada awalnya telah diperkenalkan oleh Menteri Hak Sosial Ione Belarra, yang mana ianya telah dipromosikan untuk melindungi kebajikan haiwan sama ada haiwan tersebut adalah haiwan liar atau haiwan belaan.

Pindaan yang dilakukan itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan beberapa perubahan pada Kanun Keseksaan Sepanyol, di mana sehingga tahun 2015 seks dengan haiwan adalah merupakan satu bentuk penderaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum selama setahun.

Namun jika pindaan ini diluluskan, peraturan tersebut akan dimansuhkan dan akan diganti dengan undang-undang baharu yang dinamakan “jenayah terhadap haiwan”.

Undang-undang baharu itu hanya dapat menghukum pemilik haiwan yang melakukan perbuatan seks dengan haiwan sehingga sekiranya haiwan tersebut tercedera dan memerlukan rawatan veterinar.

Bil undang-undang yang baharu itu juga turut memperkenalkan hukuman penjara dan denda yang tinggi bagi perbuatan membunuh tikus di rumah.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending